! ! BajuLusuhSeluarTampal: tak salah untuk aku homesick...

Pages

Wednesday, June 27, 2012

tak salah untuk aku homesick...

kesian blog ini, kena tinggal dengan dahsyat oleh tuan punya... tak pasti kenapa kena tinggal sebegitu lama..

aku ada lagi lebih kurang sebulan lebih sebelum flight balik malaysia...bukan balik terus okeh, aku masih kena belajar lagi dekat sini, ni balik bercuti je..bagi la aku peluang nak balik berpuasa dan beraya.... tahun lepas aku puasa masa tengah praktikal, sumpah tak bes....beraya pulak tak rasa macam raya pun.. pagi raya makan sausage dengan kentang goreng je, sedih kau tau...

kali terakhir aku kat malaysia adalah masa aku menikah, dah 18 bulan rupanya... dah setahun setengah beristeri tapi belum lagi berpuasa beraya sama-sama... takpe, tahun ni aku nak puasa kat malaysia, lepas tu beraya kat india...

mesti la aku nak beraya kat india, isteri tak dapat balik beraya, jadi aku pergi temankan dia kat sana...

oh, aku dah pindah rumah, sebabkan tak dapat duduk hostel, kena la cari rumah private... hamek kau, sekali yang aku jumpa ni mahal yang teramat, tapi nak buat macam mana, itu je yang ada....kalau tak sewa rumah ni, merempat la aku..

bagi aku rumah ni besar untuk aku duduk seorang, siap dengan balkoni lagi... parking lot pun dapat sebijik walaupun aku tak pernah ada kereta..

aku rasa benda paling bes aku dapat dgn rumah ni adalah dapur, walaupun kecik memang betul-betul kecik, tapi cukup la untuk aku...dengan dapur keramik yang dah bertahun aku mengidam nak guna..

satu trivia, rumah ni dekat dengan pejabat pos,supermarket, dan kedai batu nisan... aku tengok batu nisan kat kedai tu takde pun macam orang melayu selalu guna, tapi aku rasa kalau nak tempah boleh je...


lantai kayu adalah lantai paling sedap untuk dipijak...pintu kat sebelah kanan tu bukan pintu keluar rumah, tapi pintu untuk pergi bahagian rumah yang tak ada dalam gambar...


benda warna hitam berbentuk empat segi tu la dapur keramik.. yang warna kuning tu pulak pisang...


ini dari balkoni waktu malam. abaikan garisan cahaya tu, aku tengah main-main dengan shutter speed masa ambil gambar ni...


nanti bila aku dah habis exam, dah ada dekat malaysia atau india, masa tu aku rajin la kot nak update blog. dalam draft tu ada 34 entri lagi tak publish...

maka siaplah satu entri yang tak berilmiah langsung, dan aku rasa macam sengal sebab aku patut study untuk exam....bukannya belek-belek blog sendiri..

9 komen komen oltromen:

Hana said...

xsalah.:)

Unknown said...

merantau rupanyer..mmg patut pun homesick...

cik ungu said...

pisang kat malaysia memang warna merah selama ni kan.?

haryzkhairuddin said...

ooo...yg kuning tu pisang ghupenye. taktau lak.. huhu. ;p

rumah ko tu besar cam dalam gambar last tu ke??

kotak said...

owh..rumah kamu dekat dgn kedai basikal rupenya. kite penah lalu dpn ni kn???

Unknown said...

Huh akhernya post jugak satu entri.

umiawadah said...

hari pertama lagi nak komen...itupun waktu awak publish entry ni..dia tulis bawah tu...16 minutes ago..tapi dek kerana tenet lambat..lambat jugalah datang singgah...raya kat india best ke?kalu raya kat bangladesh..beza tak?lepas tu nak raya mana lagi ek?...rumah besar,orangnya kecik...tak patut tau..tak padan...ha ha ha

Arai Lekir said...

cantik rumah

Unknown said...

nanti balik malaysia la.. kat malaysia tak habis merantau lagi...

Collagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |

Post a Comment