! ! BajuLusuhSeluarTampal: diari suami dan isteri dalam hari yang sama.

Pages

Monday, October 31, 2011

diari suami dan isteri dalam hari yang sama.

suami dan isteri ni bukan aku dan isteri aku.. hal ini sangat umum.

dan entri kali ni bukan original dari kepala otak aku. asalnya aku ingat nak tampal je benda yang aku nak sampaikan ni, tapi sebab menghormati Bulan Bahasa Kebangsaan...aku tulis balik dalam versi bahasa kebangsaan.

haa...kantoi.. nampak sangat tak tahu Bulan Bahasa Kebangsaan jatuh pada bulan Oktober setiap tahun. kalau kau melayu, sila malu sekarang...kalau kau bukan melayu, boleh salahkan orang melayu sebab tak reti nak hargai bahasa sendiri.

baik, jom kembali ke tujuan asal. kita mulakan dengan diari si isteri.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

diari isteri

malam ni suami aku macam pelik... tadi ada dating dengan suami kat restoran.. boleh tahan la jugak restoran tu, memang sesuai untuk dinner romantik-mantik... aku datang terus dari tempat kerja, jumpa kat restoran. lambat sikit la aku sampai, tapi dia tak cakap pape pun.. tak banyak pun berbual masa dinner tu, agak awkward la pulak..

aku ajak dia pergi cari tempat senyap sikit, saja je aku nak cuba berbual dengan dia.. tapi aku gagal jugak, dia cakap sikit sangat, tak macam biasa... aku tanya dia, aku ada buat salah ke kat dia.. dia kata "Nothing." dia kata supaya aku jangan risau, tak ada kaitan pape pun dengan aku..

on the way nak balik rumah, aku cakap "i love you", dia pandang aku, senyum sikit, lepas tu sambung pandang jalan... aku tak paham la kenapa dia macam ni.. aku makin runsing kenapa dia tak balas balik dengan "i love you, too"

bila sampai rumah, aku rasa aku dah tak dapat nak buat pape dah... aku rasa macam aku dah tak dapat nak komunikasi dengan dia lagi.. dia dah hilang minat dekat aku ke? aku dah tak cantik macam dulu kot.....? dia duduk diam je kat sofa sambil tengok tv...dia terus diam tak cakap sepatah pun..

aku dah penat nak tunggu dia bersuara, baik aku masuk tido je.. 15 minit aku dah kat katil, aku tak dapat tido lagi, dia pun naik katil jugak... dia diam je, tak bersuara pun.. dari muka dia, nampak macam fikiran dia kat tempat lain..dia macam tengah distracted..

dia pun tertido.... aku menangis. aku tak tahu nak buat apa lagi.. aku agak pasti dia teringat kat orang lain. aku bingung........ my life is a disaster.

diari suami

motor tak boleh start, pening pikir apa masalah...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

nampak beza kan... cara lelaki dan perempuan berfikir sangat tak sama. sekian.

sekarang masa untuk gambar hiasan.

carutan paling comel hari ini dibawakan khas oleh dailycute.net

11 komen komen oltromen:

bella luna said...

hati wanita itu sgt unik,setiap saat dan masa yang difikirkan adalah pasal pasangannya,bukan cam lelaki yg asyik fikirkan moto je, tak pun kete, tak pun bola, tak pun rokok,.maaf komen ikut hati,hehe

NaDWaN said...
This comment has been removed by the author.
y i e n said...

hahaha~ nampak sgt pompuan suke pikir jauh ntah kemane2 :P

El said...

lawak gile. haha

Fahmi Jaafar said...

hantar workshop sudeh..haha :P

cik ungu said...

aku nak bela itu.



aku nak simpan dalam beg dan bawak gi kelas hari2.

~~Ap Hasnida~~ said...

ini namanya realiti....:))

Syuhada said...

hahahaha..lawak n agak kejam...hahahahaha

Anonymous said...

sangat betul, tapi wpun kdg-kdg suami kita cakap apa masalah dia tu, kita isteri ni still x percaya dan fikir benda bukan-bukan lagi

E'in said...

pmpn sgt sensitif bile dilayan cmtu.. huhu.. mmg mcm2 laa ug difikir..

Unknown said...

haha.. lawak2...

Collagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |

Post a Comment