! ! BajuLusuhSeluarTampal: sjuk...

Pages

Monday, January 12, 2009

sjuk...


[Flight] yg sgt menyeksakan, 12jam dalam kesengsaraan kelas ekonomi penerbangan MH06. Tak sangka pulak pesawat tu penuh, dah la harga sgt2 mahal. Ditambah pulak dgn saiz org2 jerman yg mmg besa, susah btul nak bergerak ke mana2. Hanya sekali je meninggalkan tempat duduk sebab kne jgk pergi ke kamar air.

Solat yg pertama di negara org ni adalah solat subuh di tepi eskalator, solat dgn penuh kelajuan dan tak tau di mana khusyuknya.. keluar saja dari lapangan terbang, semua jakun beruk tgk salji dan nafas masing2 yang ‘berasap’, bukan semua dari kami pernah merasa begini. Namun aku sememangnya sedar salji adalah musuh manusia, suhu ketika itu adalah negatif 12 darjah celcius. Sejuk ini mmg menyeksakan, sebenarnya sudah banyak tahun negara ini tidak mencapai kesejukan seperti ini, malah sudah banyak tahun juga tiada salji turun dari langit...namun bila tiba giliran kami, kami disambut dgn warna putih di mana2.

Subuh itu juga kami bertolak dgn bas ke selatan menuju bandar Radolfzell, bandar kecil di tepi Bodensee, sebuah tasik. Di seberang tasik itu sudah kelihatan kelibat switzerland. 4jam bosan dlm bas memaksa kami bermain Uno dgn tidak berapa selesa, tapi itu lebih baik dari merenung warna putih di luar selama 4 jam. 2 kali berhenti dalam perjalanan itu kami gunakan untuk makan minum dan menjakunkan diri dgn salji, kesian bukan.

Bandar radolfzell ini kecil sahaja, populasi sekadar 30000 manusia. Namun tetap betahan ke hari ini kerana bandar lama ini merupakan bandar peranginan. Bangunan di pusat bandarnya berusia lebih dari 100 tahun, kekal dgn senibina lama jerman. Di bandar ini kami akan belajar semuanya untuk menyesuaikan diri dgn negara jerman, termasuk belajar memasak, membasuh, perihal tempat dan manusia , serta banyak lagi. Hostel yang kami dapat ini boleh dikatakan sgt selesa walaupun ini kali pertama JPA menghantar pelajar untuk kursus pendek ini di bandar kecil ini. Sebelum ini, senior2 ditempatkan di bandar yang lebih besar, tidak jauh dari sini.

Hari kedua di radolzell, kami di bawa ke perjumpaan awal tahun bandar ini. Perkara yang dilakukan di setiap bandar di jerman. Org2 bandar berkumpul di dewan, datuk bandar cakap2, ditambah dgn ucapan sesiapa lagi, jamuan ringan. Ucapan sangat berjaya membuatkan kami mengantuk, cakap laju gila, kalau dapat tangkap pun apa yang dia cakap pun, mmg takde kaitan dgn kami. Segan btul nak tidak, org jerman sume setia mendengar. Aku pulak duduk sebelah pensyarah CDC. Carl-Duisberg Centre (CDC) adalah tempat kami belajar sume benda dlm 3 minggu ini. Di dewan orang ramai ini la aku dapat souvenir pertama aku, percuma. Gelas kaca itu tertera nama bandar : Stadt Radolfzell am Bodensee, serta perisai bandar. Aku ambil saja selepas Puan Hensel (pensyarah CDC), memberikan aku gelasnya. Kene la basuh, tadi dia minum jus epal yang ditambah alkohol.

Sedihnya di hostel ini tiada wireless, cuma ada 1 kabel Lan yg perlu kamu kongsi beramai2. Nnt tiba di CDC, mungkin ada akses internet yg lebih baik.

2 komen komen oltromen:

Anonymous said...

nak salji jua...huhuhuh...eh kamu sama ngan nisah kan...kem salam sayang sama dye ehh

dolat said...

weh,,
kesian kamu dong.
haha.
16jam? termasuk bas yea?
kenapa hanya gambar gelas?
mana gmba bngunan lama.
aku obses dgn pemandangan retro.
bangunan senibina lama.
sila upload untuk mengelakkan aku mengamuk dan hentak2 kaki laju2.
ok

Post a Comment