! ! BajuLusuhSeluarTampal: kepada : kebun jagung belakang rumah aku

Pages

Thursday, July 29, 2010

kepada : kebun jagung belakang rumah aku

kau tahu belakang rumah aku ni? tempat berguling-guling masa musim panas. musim sejuk juga boleh berguling-guling kalau tak kesah sejuk beku. tapi sekarang dah lain, dah jadi macam tanah yang tak boleh nak guling-guling.

rumah aku kat bangunan paling kanan dalam gambar ni.




tiba-tiba satu hari tu datang mesin bajak, habis hilang rumput semua, buat aku jadi sedih sikit sebab rumput hijau ni yang buat belakang rumah ni cantik ditengok, sama macam bukit guling-guling dalam cerita hindustan. nak buat macam mana, bukan bapak aku punya tanah.

mulalah manusia kat sini buat andaian apakah masa depan dan hala tuju tanah belakang rumah yang kena bajak ni. aku kata untuk buat tempat letak kereta, dia kata untuk besarkan kampus, dia pula kata untuk hostel baru. lepas tunggu sebulan lebih, tumbuh la benda hijau baru yang bukan rumput....

aku harap gandum, tapi rupanya jagung. alaa....jagung ke, kat malaysia pun ada. aku harap sangat gandum sebab gandum masa muda jauh lagi cantik...

setelah tamat zaman bermurung sebab bukan gandum yang tumbuh, aku terima saja hakikat yang pahit untuk ditelan ni..jagung pun jagung la, sekurang-kurangnya belakang umah aku ada kebun jagung, belakang rumah kau ada?

ini gambar aku baru snap tadi.

masa pokok jagung kecik-kecik lagi, ada plak orang ni....

harapan dan cita-cita untuk kebun jagung kesayangan aku:

>>walaupun kau bukan milik aku, aku harap kau berbuah dengan lebatnya sebab aku ada niat tersembunyi di situ.

>>aku harap kau tak menggunakan baja asli (contoh: tahi kuda tahi cicak, tahi kucing, kucing mati, dan sebagainya) sebab akan mengurangkan nyawa aku sedikit demi sedikit. busuk gila!

>>aku harap kau menarik perhatian burung gagak, nanti aku beli lastik kat supermarket, boleh main tembak-tembak.

>>aku harap SANGAT kau menghasilkan benda yang sangat cool bernama crop circle.

ini contoh crop circle, gambar mintak kat google.

aku tak kisah kalau ada UFO datang dan buat benda bulat-bulat ni, aku tak kisah kalau ada haiwan terencat akal lari pusing-pusing dalam kebun tu sampai jadi corak bulat, aku tak kisah kalau ada manusia yang tak ada benda lain nak buat tapi rajin pula nak buat benda bulat-bulat ni guna tangan.

aku tak kisah macam mana benda tu boleh terhasil, aku cuma mahu ada benda tu je, kecil-kecilan pun jadi la...

aku tunggu crop circle.

1 komen komen oltromen:

kotak said...

abang,blakg umah kita nnt abg tanam r gandum. haaaaa..try....

Post a Comment