! ! BajuLusuhSeluarTampal: aku harap aku boleh bersukan dengan riang ria seperti zaman dahulu kala....

Pages

Thursday, June 3, 2010

aku harap aku boleh bersukan dengan riang ria seperti zaman dahulu kala....

selama aku menduduki negara ini, mulalah aku sedar bahawa penduduk negara ini sangat ghairah dengan sukan. setiap kali sesiapa berkata-kata tentang sukan dan diri mereka sendiri, soalan pertama yang akan dipaculkan adalah : "kau ada sertai mana-mana kelab sukan?"

menyertai kelab sukan adalah seperti kewajipan di negara ini, sekurang-kurangnya satu kelab. kelab-kelab sukan ini biasanya dibiayai sebahagiannya oleh bandar masing-masing. jadi ini salah satu cara untuk membuatkan diri pembayar cukai rasa berbaloi membayar cukai.

atas sebab sukan terlalu mempengaruhi hidup makhluk-makhluk jerman ini, layaklah sukan dijadikan sebagai kultur mereka. kultur cuma perkataan lain bagi budaya, sengaja mahu kelihatan lupa perkataan yang lebih kemelayuan. kultur sukan ini sangat menebal, para remaja pun malas nak buat masalah sosial lantas pergi bermain bola sepak, atau apa-apa bola lain, atau tidak berbola pun mereka main. iyalah, sukan balapan tak perlukan bola bukan?

mereka bersungguh dalam meraikan sukan. asalkan ada pertandingan sukan, parti beralkohol adalah susulan wajib. kalah atau menang itu memang penting, tapi lebih penting adalah parti selepas tamat pertandingan, tidak kisah kalah atau menang, parti perlu terus.....


aku masih dalam pantang, bukan lepas melahirkan anak ya, aku lelaki. ini pantang tidak boleh bersukan, seharusnya setahun selepas pembedahan bersejarah itu, aku tidak patut bersukan, tapi kadang-kadang tak tertahan nafsuku ini untuk bersukan, maka aku bersukan juga.

seperti karam singh walia, tidak boleh tidak menaikkan tangan beliau beberapa ribu kali ketika melapor berita. begitulah aku dengan keinginan aku yang membuak-buak ingin bersukan.

seperti budak kecil menatap peti ais kerim berjam-jam lamanya, hingga dimarahi ibu kerana lambat sangat hendak memilih ais kerim, namun terus ditenung peti itu. begitulah aku dengan memilih apa yang aku mahu sukankan kelak bila sudah sembuh. ah, bila bahu ini mahu sembuh..... aku mahu main juga sukan-sukan tangan, sukan kaki, sukan kepala mahupun sukan perut...

aku rasa berenang itu sukan perut, tanpa perut maka tenggelamlah manusia...

aku mahu bermain ping pong lalu membuat bola lencong yang tidak sah tapi membuatkan aku bangga sekejap. fahamkah kamu akan aku? bola lencong yang tidak sah itu aku maksudkan adalah seperti sepakan percuma yang diambil oleh christiano ronaldo mahupun pakcik david beckham, sungguh lencong sehingga anda rasa bola itu seperti mahu berpatah balik kepada anda.

tapi kenapa tidak sah? sebab bola ping pong tu tak menjejak meja bahagian lawan.

kenapa aku bangga sekejap? sebab bola tu terbang kena muka lawan tepat-tepat antara dua kening beliau yang hitam dan lebat itu.



ini nenek siapakah? cepat mengaku. mahulah aku mengucap tahniah kepada cucu yang berjaya menjaga neneknya sampai jadi rajin berping-pong.



oh, kalian masih ingat Liga Juara-Juara Eropah yang baru tamat hari itu?

Inter Mailand 2-0 FC Bayern Muenchen

pada petang kejadian, sebelum perlawan. aku tiba di stesen keretapi paling utama di bandar muenchen demi menukar tren dan makan KFC. setelah perut kenyang meratah kepak-kepak ayam yang berpuluh-puluh itu, teruslah kami mencari tren untuk ke bandar seterusnya.

stesen tren itu penuh dengan manusia berjersi bayern muenchen, takkan mahu pakai jersi inter mailand pula, mahu kena pukulkah? walaupun final liga juara-juara itu berkumandang di real madrid, namun penyokong bayern ini sangatlah bersemangat meraikan layaknya pasukan bandar mereka ke final. rajin pula mereka menteriak demi pasukan mereka itu.

sedang aku berdiri bertiga dengan rakan-rakan aku sambil khusyuk mentertawakan nasib manusia fanatik bola sepak itu dimarahi polis akibat kebisingan yang menggegarkan atap stesen tren,

tiba-tiba kami disapa seorang wanita pertengahan usia, wanita asia itu bertanya dengan lagak spontan......

"are you from Tibet?"

apakah?!!

5 komen komen oltromen:

donutcokelat said...

layaklah sebab tahap ke-sipit-an mata ko mengalahkan orang tibet. tambah2 lagi selepas ko mula menambah beban di badan sekaligus menambah di pipi. Makin menjadi2 la ke-Tibet-an ko.

Frodo Baggins said...

eropah biasanya camtu.
budaya diorg ... tp healthy kan?
keh3x ....


>>___<<


mata lu sepet gamaknya! wakakakkaka

Frodo Baggins said...

tp opah ni mmg cool!

hanafijaafar said...

dolat: fine ah! aku tau mata ko cantik cemerlang bak siang cerah tanpa awan.

frodo: eropah mcm tu, sampai gi mana2 kat eropah pun rase mcm tak kuar jerman ni, cis!

donutcokelat said...

fuuuuu~ 1st time orang kata mata aku cantik cemerlang bak siang cerah tanpa awan. weih. nak publish kat belog ah cmni. hahahahahahhaha~

Post a Comment