! ! BajuLusuhSeluarTampal: October 2009

Pages

Sunday, October 25, 2009

nescaya kau faham.

ini kali kedua aku melalui perubahan masa. anda tahukah apa yang aku maksudkan? oh, barangkali.....

pada ahad terakhir setiap bulan oktober, masa di beberapa negara akan dilambatkan selama 1 jam, dan berlaku pada jam 2 pagi.

apakah?!

baik, beginilah. anggap saja anda menunggu di satu hentian bas. bas akan tiba tepat pada jam 0806. terketiknya waktu itu, tibalah bas di hentian itu. anda naik bas, bayar tambang dan buat senyum tak ikhlas kepada pemandu lantas duduk di atas kerusi sambil memikirkan apa yang harus anda buat semasa di dalam bas selain melontarkan pandangan liar terhadap gadis-gadis jerman di sebelah anda. namun bas tidak bergerak......
bas mengekalkan ketidakbergerakannya selama 60minit. dan tepat 60 minit selepas itu, bergerakkah bas dengan normal mengikut jadual asalnya.

WTH!! h untuk hanafi.... lalu anda merasa tidak puas hati dan jelik dengan perangai pemandu bas itu. anda melulu ke tempat pemandu dan menghadiahi pemandu bas satu tamparan manja sebagai tanda tidak puas hati..

pemandu bas menerangkan perbuatan tidak bergerak itu kepada anda. beliau kata, orang-orang di stesen seterusnya merasa jam 0806 masih terlalu awal untuk aktiviti harian dan mahu terus tidur, adalah tidak menguntungkan untuk meneruskan perjalanan. ketidakbergerakan itu adalah untuk manfaat semua. selesai penjelasan. beliau ketawa seperti anak setan. anda duduk kembali dengan tidak faham....

ya, itulah analogi perubahan masa dari masa musim panas kepada masa musim sejuk. itu terberlaku awal pagi tadi dan menimbulkan kekeliruan pada aku sendiri apabila jam di komputer lain dari jam tangan.

aku tahu kamu dan kamu tidak faham sangat. tidak mengapa, asalkan aku ada benda nak mengarut di sini....

Sunday, October 11, 2009

.:untuk mereka yang tahu dan tak tahu:.

aku baru seminggu kembali ke negara ini, dan aku sudah rindu haiwan ini.



indah bukan, berkilat seperti kereta baru. malah nampak canggih juga seperti macbook air. rupanya mereka tidak lagi ada bila sudah tiba musim luruh. dahulunya merekalah yang mula-mula menampakkan muka-muka mereka (kalau mereka ada muka) ketika aku dalam perjalanan ke kelas.
untuk yang tidak tahu, itu sejenis lintah.

maaf yusri, kau dirompak.

"rindu saat-saat dahulu ketika aku faham ape yang diajar dalam kelas....."

haha, kata-kata ini telah dirompak dengan jayanya oleh aku dari facebook kawan aku yusri. kebetulan pula lagi beberapa jam aku akan bertemu beliau lantaran beliau dan rakan-rakan lain membina rumah terbuka. benar bukan? rumah dibina, jadi rumah terbuka pun dibina...

selamat kembali ke blog yang jarang dikemaskini ini, terima kasih kerana masih bernafsu terhadap penulisan aku. maka sepertinya ayat yang dirompak itu, adalah benar juga ke atas aku. masakan tidak,aku dan yusri dua-dua menuntut dia negara jerman walaupun berbeda insitusinya. aku bukanlah terlalu baru tiba di negara ini, sudah masuk semester kedua. tapi masih tidak mampu menangkap segenap perkataan yang dilanjurkan dari mulut profesor. bukan mudah tahu. ditambah pula dengan kondisi aku yang baru tiba dari tanah air setelah becuti sepuluh minggu.






kemahiran bahasa jerman aku pastinya sudah meluntur dek terlalu banyak menelan lemang dan kuah kacang. dahulunya otakku berisi juga dengan ilmu yang dituntut dalam bahasa jerman, namun bila tiba raya, otakku terpaksa memberi ruang sedikit untuk lemang dan kuah kacang tatkala perut sudah terlebih muatan. tidak boleh tidak mahu, harus juga aku melangkah ke kelas, duduk di tempat yang sudah bagai aku punya, dan duduk menghadap sang profesor yang berhamburan kata-kata. penat kepala, otak, saraf serta pembuluh darah....aku tidak tipu, sungguh ini memenatkan. ada ketika mahu saja aku tidur lebih dari lapan jam.



seronok bukan andai dapat lena lebih dari lapan jam.



oh, dan aku hampir lupa. sekarang langit rajin menyimbah air ke bawah. tak pernah aku tahu jerman ini rajin dihujani. aku tak menyangka atau menjangka aku perlu mengenakan jaket kalis hujan aku hampir tiap-tiap siang. hujan di sini tidak selebat di tanah tumpah darahku malaysia, namun sudah tentu sejuk. sejuknya sekitar 10 darjah celcius. lebih sejuk dari peti ais kamu, peti ais anda dan peti ais kalian semua di bahagian bukan sejuk beku.



cis, semester ini perlu lebih keras usaha.



ah, sudah. dua perkara dalam satu penulisan, bukan cara aku begini.