! ! BajuLusuhSeluarTampal: nescaya kau faham.

Pages

Sunday, October 25, 2009

nescaya kau faham.

ini kali kedua aku melalui perubahan masa. anda tahukah apa yang aku maksudkan? oh, barangkali.....

pada ahad terakhir setiap bulan oktober, masa di beberapa negara akan dilambatkan selama 1 jam, dan berlaku pada jam 2 pagi.

apakah?!

baik, beginilah. anggap saja anda menunggu di satu hentian bas. bas akan tiba tepat pada jam 0806. terketiknya waktu itu, tibalah bas di hentian itu. anda naik bas, bayar tambang dan buat senyum tak ikhlas kepada pemandu lantas duduk di atas kerusi sambil memikirkan apa yang harus anda buat semasa di dalam bas selain melontarkan pandangan liar terhadap gadis-gadis jerman di sebelah anda. namun bas tidak bergerak......
bas mengekalkan ketidakbergerakannya selama 60minit. dan tepat 60 minit selepas itu, bergerakkah bas dengan normal mengikut jadual asalnya.

WTH!! h untuk hanafi.... lalu anda merasa tidak puas hati dan jelik dengan perangai pemandu bas itu. anda melulu ke tempat pemandu dan menghadiahi pemandu bas satu tamparan manja sebagai tanda tidak puas hati..

pemandu bas menerangkan perbuatan tidak bergerak itu kepada anda. beliau kata, orang-orang di stesen seterusnya merasa jam 0806 masih terlalu awal untuk aktiviti harian dan mahu terus tidur, adalah tidak menguntungkan untuk meneruskan perjalanan. ketidakbergerakan itu adalah untuk manfaat semua. selesai penjelasan. beliau ketawa seperti anak setan. anda duduk kembali dengan tidak faham....

ya, itulah analogi perubahan masa dari masa musim panas kepada masa musim sejuk. itu terberlaku awal pagi tadi dan menimbulkan kekeliruan pada aku sendiri apabila jam di komputer lain dari jam tangan.

aku tahu kamu dan kamu tidak faham sangat. tidak mengapa, asalkan aku ada benda nak mengarut di sini....

9 komen komen oltromen:

donutcokelat said...

aku xtaw nak percaya atau x setelah ditipu tentang die liebe. btw thanx sebab buat kejutan! tekejut beb!

hanafijaafar said...

percaya la, zeitumstellung bukan aku sorg je alami, ada la lagi beberapa ratus juta org kat wilayah ni..

haha, terkejut ke, ko jugak kan yg suruh aku call, hahaha....

NI said...

oh? lambatnye daylight savings? huhuu we are now 12 hrs across the timezone. akhirnya. aku x konfius. haha.

hanafijaafar said...

ko duk NZ mmg la paham kot... tapi sejak ble ko jadi NI plak ni?

sacha_fame said...

kesian..penantian adalah satu penyeksaan..

NI said...

sejakkkkk orang ramai menjumpai blog2 yang ada link ke blog aku. haha.

NI said...

aku x konfius = referring to perbezaan masa nz-germany. aku masih gagal mengira di kala takde daylight savings huhu. mungkin sbb mindset.

sitihawa said...

sayang..ape y di tulis...kne wat penerangan istimewa kat ayg nih.

donutcokelat said...

aku pernah dengar pasal day light saving. tapi xtaw cmne nak terima dengan logik. hahaha

Post a Comment