! ! BajuLusuhSeluarTampal: anda membeli mesin pemukul telur berkuasa eletrik murahan dari pasar mini kiat seong yang dekat sebelah pasar itu

Pages

Thursday, September 17, 2009

anda membeli mesin pemukul telur berkuasa eletrik murahan dari pasar mini kiat seong yang dekat sebelah pasar itu


kewujudan aku di tanah air ini tidak akan bertahan lama lagi, sekadar mampu beraya seminggu lebih lalu perlu meninggalkan negara ini. namun pengembalian aku kali pertama ini seharusnya membuat aku sedar kepeningan bahasa inggeris di negara ini, ya kepeningan, baca benar-benar. justeru hendaklah ditangani kepeningan ini dengan mencakap kepentingan bahasa inggeris dengan harapan ada orang mahu belajar bahasa inggeris betul-betul.




aku cuba tulis sedaya usaha aku untuk kalian tidak perlu berusaha sedaya upaya memahami, biar senang fahamlah. faham tak?




#1 : melihat wayang di midvalley, genre cerita adalah komedi bangang bahasa inggeris. percayalah, dengan pengetahuan bahasa ineggeris yang baik, anda mampu mengumpul lebih banyak ketawa. sebab ada masa anda memahami lawak sarkastik yang memerlukan pemikiran sebelum tiba ke kelucuan. anda boleh gelak di waktu ramai tidak faham apa-apa, kemudian boleh disambung mentertawakan mereka yang tidak faham apa-apa. kemudian boleh lagi, jika mahu, mentertawakan nasib bangsa sendiri yang lemah dalam memahami bahasa inggeris.




#2 : menengok cerekarama di tv3, para penonton terdiri dari ahli-ahli keluarga. anda tahu bukan, cerekarama biasanya disertakan dengan sarikata terjemahan bahasa inggeris yang selalunya muncul lebih awal dari terpaculnya dialog dari mulut pelakon. tanpa perlu perancangan rapi, anda dan ahli keluarga anda mampu menganjurkan pertandingan "siapa cakap dahulu". mudah sahaja, bila sarikata terjemahan dalam bahasa inggeris muncul, bercepat-cepatlah meneka dialog dalam bahasa melayu yang bakal disebut oleh pelakon. jika anda merasa sudah mencapai tahap kecemerlangan dan kehebatan dalam acara ini, bolehlah maju setapak ke hadapan dengan berubah kepada drama bersiri bahasa inggeris di ntv7, nescaya anda akan menemui lebih banyak cabaran di sana.




#3 : raya sudah hampir dan anda merasa konon hebat untuk membuat kuih raya sendiri buat kali pertama walaupun tahu kuih raya kalau dibeli jauh lebih murah kosnya. anda membeli mesin pemukul telur berkuasa eletrik murahan dari pasar mini kiat seong yang dekat sebelah pasar itu. alat itu dibuat di PRC. itu sebuah negara tahu. nama mudahnya ialah China. dengan membeli barang ini, anda boleh mendapat sedikit komedi sebagai hadiah pembelian. mudah. anda buka kotaknya, cari kertas atau buku manual yang disediakan. alat eletrik memang perlukan manual, namun alat eletrik dari China, manualnya ditulis dalam bahasa inggeris yang tunggang langgang. bagaikan menggunakan tatabahasa mengikut nafsu serakah sahaja. kebobrokan tatabahasanya mampu mengundang kelucuan di hati pembaca. dalam masa yang sama, anda tidak akan merasa ilmu bahasa inggeris anda adalah yang terbodoh di rantau ini.


inilah 3 situasi genting lagi merbahaya yang memerlukan penguasaan bahasa inggeris yang baik. jadi adik-adik, marilah belajar bahasa inggeris betul-betul ya.


ini aku sedari bila tinggal di negara kita yang tidak boleh tidak menguasai bahasa inggeris. bila aku di negara jerman, bahasa inggeris bukanlah penting, semuanya sudah tersedia dalam bahasa ibunda (dan ayahanda) mereka.

7 komen komen oltromen:

donutcokelat said...

hahaha....gelakkan hanafijaafar

natasha said...

writings on bottle of facial cream from china:
"make face slippery, beautiful and radiant"

nasib baiklah. memang betul claim mereka itu.

aqilahamira said...

wahh!!layout blog baru..

sacha_fame said...

nak belajar bahasa inggeris bukanlah sakit sgt berbanding sakit hati yang di tanggung apabila ada "manusia" yang tertawa bila kita tidak faham bahasa inggeris!! bajet.

hanafijaafar said...

>atiqah> alaa ngko, bukannye nak update. harap je dah balik m'sia...

>natasha> haha, nnt letak phone kat telinga pun bleh tergelincir phone itu.

>aqilah> hehe, lama tak mengkorek template

>sacha_fame> maaf jika terkasar.

~*puding caramel*~ said...

alat pemukul itu ada terjual di mana lai selain pasar mini kiat seong? mahu beli utk perhiasan

selamat hari raya

miss capricorn said...

aku rase entry ni agak menarik meskipun dah lmbt baru nak bace..huhu

Post a Comment