! ! BajuLusuhSeluarTampal: adakah ejaan stroberi tepat dalam bahasa melayu?

Pages

Saturday, June 13, 2009

adakah ejaan stroberi tepat dalam bahasa melayu?

Mari menulis sementara badan aku masih ditendang-tendang oleh dorongan minuman kopi. Walaupun aku tidak mampu menidakkan bahawasanya aku memang tidak mempunyai fokus tentang apa yang aku mahu tuliskan, namun bila terkisahkan blog ini jarang sekali dibelai dan dimanjakan dengan tulisan aku, kasihan juga.

Dari petang tadi ramai saja yang berkunjung, segalanya kerana esok bakal wujud sebuah aktiviti memanggang makanan di awal musim panas. Ya, kami di negara ini lambat musimnya berbanding amerika atau beberapa negara eropah lain. maka malam ini dan esok bakal menyaksikan lambakan makanan tidak berkhasiat yang dibentuk dan disediakan kami : nasi ayam, tiga jenis kek, sate beserta kuah kacang, segala makanan umum pemanggangan, makaroni, mee, dan sudah tentu beras yang siap dimasak menjadi nasi, air berkarbonat murahan dari pasaraya berhampiran, dan susu goncang (milkshake) berperisa stroberi segar yang baru dipetik petang tadi. Oh, stroberi masih baru kami petik, justeru menu kami sedikit sihat.

Ya, aku sudah malas menulis mengenai perjalan ke Heilbronn dan Hungary. Tidaklah aku membuat pengembaraan lama, atau berjalan kaki beberapa ratus kilometer. Cuma yang mahu katakan, heilbronn seronok kerana bandarnya cantik. Hungary pula menarik kerana kepelikan budaya mereka dan ramainya bangsa israel di sana. Haha, kami hampir makan di sebuah restoran israel, restoran itu pula berada di dalam sinagog (tempat sembahyang orang yahudi). tetapi rupa gerun yang ditonjolkan isi hiasan dalaman restoran itu membuat kami hanya berani melihat ke dalam hanya sekali. Hasil dari kedua-dua perjalanan yang berturutan itu, kulit aku menjadi gelap. Malah mampu membuatkan orang putih di sini cemburu.

Hanya kerana aku jarang menulis, jangan anggap aku jarang membaca. Setiap hari aku singgah di blog-blog lain. dari situ aku jumpa ciri-ciri blog yang aku suka. Perhatian, ini sekadar kesukaan peribadi dan jangan ambil hati jika rasa terguris hati.

>>Blog ditulis dalam bahasa melayu bila penulis itu pandai berbahasa inggeris.

>>Blog tidak mempunyai terlalu banyak gambar sehingga membuatkan pembaca penat memutar
roda kecil pada tetikus. Namun ketiadaan gambar sememangnya sangat membosankan dan menggambarkan tahap kemalasan si penulis.

>>Blog menulis tanpa emosi yang berlebihan. Namun memang ada penulis menggunakan blog sebagai tempat melepas perasaan, tidak salah Cuma bukan kesukaan aku.

>>Aku tidak suka blog yang ditempelkan lagu padanya. Menggangu pendengaran aku terhadap iTunes yang sudah sedia terpasang di dalam komputer.

>>Blog menggunakan bahasa yang mudah difahami, tidak mengira bahasa apa yang digunakan.

>>Blog menggunakan templat yang tidak diguna orang lain. haha, aku suka bila semua orang tidak sama dengan semua orang.

maka tiba sudah kalian ke tempat aku menampalkan gambar-gambar pilihan.


ini sekadar gambar suka hati dari pandangan tingkap barat bilik aku, aku suka juga perspektif begini.



berikut pula gambar-gambar dari Budapest, Hungary.


ini ciri kering mereka, kononnya makanan mereka pedas benar, namun sungguh mengecewakan. tidak pedas langsung.

oh, aku suka melihat binaan lama dan meniliti perbezaannya. senibina ini berdasarkan gaya gothik. mereka suka pintu yang mempunyai ketinggian 3 kali lelaki asia, menjengkelkan.


dari kiri : buyet dan fuad. kejakunan setelah terjumpa rambut palsu di hostel yang kami tumpang menginap.


ini pintu masuk hostel, entah bagaimana boleh sebegitu cantik. hostel saja.





ini penulis mencuba kacamata hitam murahan. tahu cuba saja tapi tidak tahu beli.


kumpulan pelancong paling susah diagak asal usulnya. kami terdiri dari pelbagai warna.


aku suka gambar ini.


gambar ini juga disukai.

4 komen komen oltromen:

donutcokelat said...

tolomglah!
stroberi tu ejaan indonesia.
kamu sila pergi belek kamus dewan sekarang!

-kecewa sebab blog aku bukan pilihan kaum untuk baca sebab aku selalu emo2-
hahahahahhahaahhaha

sitihawa said...

sayang....comeynye spec tu....
hehehe..spec je tau..bkn orgnye...

Khairi Hafsham said...

hati aku terguris sedikit, lol

anyway, gamba hostel yg ko ambik adalah sgt best.

p/s: siler jgn buat cubaan utk btol kan tatabahasa aku

sacha_fame said...

Terima kasih atas kesemua pemandangan yang sedikit sebanyak meredakan kesakitan ini..

Post a Comment