! ! BajuLusuhSeluarTampal: darkie is now darlie

Pages

Saturday, April 10, 2010

darkie is now darlie

mari menular lagi.

bila sudah larut malam dan mengada-ngada tidak mahu tidur walaupun jelas sekali kepala tersenggok-senggok, justeru lahirlah penulisan-penulisan memenuhi masa mengantuk seperti ini.

siapa gosok gigi? sila angkat tangan!

siapa gosok gigi dengan berus gigi yang ditabur ke atasnya dengan ubat gigi Darlie?! sila duduk bersila diam-diam.

suatu ketika dahulu di zaman aku masih muda dan bertenaga seperti monyet dapat pisang, aku juga pengguna ubat gigi Darlie. tapi itu ketika aku naif dan tidak tahu apa-apa tentang ubat gigi ini. sekarang aku mengerti.....



gila menakutkan produk asal ubat gigi Darlie ini, tengok maskot itu lama-lama boleh menyebabkan masalah tidak dapat tidur sehingga hanya mampu bergolek-golek di atas katil sampai penat sendiri.

nama lamanya juga tidak "cool", Darkie. bunyi sungguh seperti daki di badan yang gemar menjadi cliche jijik untuk mereka yang tidak mandi pagi. anda dah mandi pagi belum!! alang-alang nak ke kamar mandi, jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi DARKIE ya.

2 komen komen oltromen:

dolat said...

aku penah baca pasal ni. dulu2 orang kulit hitam dijadikan model untuk iklan ubat gigi darkie supaya gigi mereka nampak putih gile2. pastu, lama2 orang negro tak puas hati pulak. sejak tu tukar nama dan darkie tak hanya untuk orang kulit hitam sahaja

aqilahamira said...

setiap kali baca blog ko,mesti aku ketawa..teruskan menulis ek napi!!haha

Post a Comment