
berikut merupakan senarai pendek hobi-hobi terbaharu aku sejak tiba di negara asal:
=tidur di atas lantai di semua. cuma lantai bilik air belum dicuba.
=naik dan turun tangga berkali-kali dan berjalan tanpa hala tuju dan matlamat yang jelas di dalam rumah sendiri.
=menatap skrin komputer sambil menganalisa permainan Facebook Restaurant City selama berjam-jam sepertimana mengkaji jawapan paling tepat untuk soalan matematik bab die Differenzierung.
=menonton rancangan Wonderpets versi bahasa Melayu di tv9 dan turut menyanyikan lagu-lagu yang terdapat di dalam rancangan itu beriringan bersama Linny, Tuck dan Ming-Ming juga. ~Wonderpets datang membantu.....~(sila sambung wahai pembaca)
=mengganggu hidup adik aku bila hidupnya aman damai dengan jeritan konstan yang menjengkelkan.
=menyidai atau menjemur kain setiap hari bagai seorang anak yang baik.
=menjerit-jerit seperti mat rempit bodoh ketika membawa motorsikal dalam perjalanan hendak membeli tambah nilai Celcom.
kepada para pembaca yang tidak kenal Wonderpets, gambar di atas memaparkan (dari kiri) Tuck, Linny dan Ming-Ming. maaf kerana itu sahaja gambar untuk kemasukan kali ini, kamera milik aku tidak bergerak dari posisinya di dalam laci akibat kemalasan tahap tertinggi yang berjaya dipamerkan penulis dengan cemerlang.
kepada mereka di luar sana, ketahuilah bahawa anda boleh untuk tidak menjadi malas di bulan puasa ini.