! ! BajuLusuhSeluarTampal: aku rasa aku perlukan tongkat untuk kaki kanan ini.

Pages

Saturday, April 4, 2009

aku rasa aku perlukan tongkat untuk kaki kanan ini.

Maaf kepada para pembaca kerana kekurangan sikap rajin dalam kebelakangan ini dalam menulis blog mahupun membaharui capaian-capaian di seluruh laman sesawang (website).



Akhirnya aku sempat jugak mahu menulis, setelah sibuk dengan kehidupan pelajar yang sangat memeningkan lagi melelahkan. Sungguh kakiku sangat sengsara ketika ini dan sedang membesarkan bengkak akibat keterpeleotan yang didapati semasa bermain bola petang tadi. Cuaca terlalu indah hingga tak tertahan rasa untuk turun ke padang. Langsung kaki terseliuh dan tidak mampu menjadi manusia normal untuk beberapa pasang minggu akan datang. Mungkin kesengsaraan ini juga yang membawa aku untuk kembali menulis di blog.








Musim semi (musim bunga) sudah tiba, cantiknya membuatkan aku mahu menanggalkan pakaian. Iya, tapi bukan semua pakaian, Cuma yang tebal-tebal sahaja. Suhu sudah menjadi belas-belasan, 15 darjah celcius sudah mampu buat aku berpeluh. Langit terlalu cerah, tiada awan walau sedikit, Cuma kebiruan langit ditompoki cahaya terang matahari. Gelombang cahaya kurang lebih menyakiti bola mata aku, membuat aku terasa untuk membeli kaca mata gelap dari Oakley. Namun seperti yang kalian maklum, krisis keuangan dunia masih tidak pulih, aku juga berkrisis keuangan, Cuma lebih membimbangkan kerana secara ilmu hisabnya, aku akan tidak jauh dari pengemis. Atau pengemis barangkali lebih beruang ( berwang).






Mari lihat hidup aku yang baru, mungkin agak haru.



Bunga-bunga musim bunga mula tumbuh di tepian jalan.



langit awal musim bunga, tidak seperti diceritakan di atas.


Sore cemerlang dalam perjalanan menuju ke rumah aku.



ini langit, anda sudah tahu bukan?



aku suka foto ini, namun mengambil foto individu lain tanpa izin adalah salah di sisi undang-undang, jangan cuba ini.



sudah aku kata, bunga-bunga ini tumbuh di tepian jalan



ini bangunan tempat menuntut ilmu, sungguh jelas gaya minimalisnya, apa cara sekali pun, ini bukan bangunan tempat aku belajar, cuma sebahagian dari Fachhochschule aku. aku dapat bangunan lama yang buruk.



di belakang rumah, tapak terbaik untuk memanggang daging atau menggelapkan kulit di bawah sinar matahari. aku lebih gemar yang pertama.



laluan di belakang rumah, seronok menunggang basikal di sini



gugusan rumah pelajar, yang paling kanan itu rumah aku, dan bukan aku punya seorang.




lanskap belakang rumah, anda boleh berguling-guling sampai ke bawah jika mahu




ini juga langit, pasti anda masih ingat.


teknik yang baik dibazirkan pada kamera dua megapiksel.



lagi gambar




gambar lagi



semua di atas merupakan gambar dari kamera terbina dalam telefon bimbit, mutunya kurang elok bukan? cuma dua megapiksel. tidak berapa enak untuk dinikmati.

sekarang ini sedang berlangsung NewieParty. boleh dikatakan parti terbesar sepanjang tahun, dengan hampir 2000 pelajar mabuk menghentak-hentak kaki ke lantai Fachhochshule. parti-parti liar begitu bukan perkara asing di sini. tapi masih mampu menimbulkan kebingungan lantaran kerajinan muda-mudi negara ini terlalu gemar berparti. boleh dikatakan setiap dua minggu akan ada parti rasmi dianjurkan oleh sesiapa. itu tidak dikira parti-parti kecil setiap hujung minggu.


kembali kepada dilema keuangan yang aku sedang hadapi, boleh jadi bersumber dari proses pengindahan bilik. hakikatnya tidaklah seindah mana, jika mahu lebih indah, mungkin aku sudah berhutang sekarang. ini bilikku berkeluasan 18 meter persegi pandangan kamera berkapasiti 8 megapiksel

bilik ini ketika awal menerima kedatangan aku





selepas berjaya digubah


kedalaman yang menggambarkan tahap keterukan jatuhnya aku dalam krisis keuangan



semoga permohonan tuntutan wang yang aku hantar ke JPA diterima. harap kalian yang juga bergantung hidup pada wang rakyat tidak terjebak dalam kancah kesuntukan wang. sampai nanti.

7 komen komen oltromen:

dolat said...

wuu~
aku cemburu.
pemandangan sangat cantik
nnt aku pon nak amek gamba cantik2
-serius sh*t cemburu-

kotak said...

mmmm...
ayg suke bilik abg..
lawa2...
karpet tu mmg sgt3 cantik.

Liyana said...

admire sama carpet itu. berapa kg kamu beli?

hanafijaafar said...

untuk saiz ini, beratnya 10kg. gilak, bru sedar.

Unknown said...

konek betul. kau suruh orang ikea datang hias umah kau atau kau tangkap gambar bilik orang lain? sermat dol.

btw aalen tak la hodoh. cantik lol

flip flop flap flup

AdindaLunia said...

kotak hati to kolen :-

German sngat chantek..
biar pun struktur bangunan seakan kotak..
tapi susunan nya rapi..
Permandangan nya sangat cantik..

:)

callmeecah said...

Sakit ke kepala bila memikirkan krisis kewangan? Tapi,seriusly, pemandangan yang ada tu giler cun..

Post a Comment