! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Wednesday, September 29, 2010

blaja kat jermen, bes.....

masa nak kena balik jermen ni la masa yang emo, aku tak ske dowh... rasa sangat tak bes, berat dan lain-lain... jadi sementara aku tgh tunggu nak masuk gate ni, baik la aku tulis entri menyedapkan hati yang lara. kontra kepada entri yang sedih pasal belajar luar negara aritu (klik sini). aku nak tulis pasal benda yang baik-baik je pasal belajar luar negara.

bersedialah untuk anggap aku berlagak ke apa, ni bukan untuk berlagak, tapi aku tengah nak sedapkan hati. lagipun bukan benda palsu pun...

aku tak tau banyak pasal belajar kat negara orang lain, baik aku cite pasal jermen je la.

duit banyak weyh

pasal duit memang mewah, amaun dirahsiakan. hua3...
tapi memang kami dapat banyak duit, kalau reti simpan, dapat la melancong pusing eropah, atau beli set tv lcd terbaru, atau pegi london 2 kali setahun semata-mata untuk shopping sakan.

aku ada sorang kawan ni, jenis memang saving abes la, tak beli benda-benda mengarut yang kitorg selalu beli. baru 2 bulan sampai jermen, dia dah kirim kat mak dia rm 10000. aku ada kenal sorang senior ni, dah balik m'sia dah... bapak dia yg cakap kat aku, pernah mamat ni bawak balik rm50000 bagi kat dia..

berjalan pusing eropah

benda ni jadi bes sebab benua kecik ni ada banyak negara, banyak budaya. pastu dengan adanya visa jermen ni, boleh masuk negara EU sesuka hati tanpa perlu check apa-apa bila melintas sempadan. berjalan pusing eropah sebagai seorang pelajar jauh lagi baik dari jadi orang yg dah kerja. masa jadi student ni la ada kawan-kawan kat negara lain, boleh dapat tour guide free, tau kat mana nak dapat makanan halal, tau kat mana bes pegi. kesian jugak bila baca kisah makcik-makcik yang tulis kat surat khabar pasal pegi republik czech tapi susah cari makanan halal. kitorg pegi dapat je makanan halal, masjid pun jumpa...

kerja bakal jadi mantap?

kena letak tanda soal sebab aku tak alami lagi. tapi macam tu la aku dengar. penah sekali aku baca the Star, surat pembaca. dia mengadu pasal dia rasa tak adil kenapa graduate dari luar negara dapat naik gaji dan pangkat lagi cepat berbanding orang lain. weyh....tak senang nak belajar kat sini, tak pernah semudah yang disangka..

belajar bahasa

ini la benda paling bermakna untuk aku, bahasa asing yang tak pernah aku terpikir nak belajar ke hape... camne ntah hidup aku berubah dan dah sampai pun kat sini. lagipun aku rase rugi la pergi negara yang tak berapa reti cakap english, tapi belajar dalam english. lain la kalau pergi sweden,  90% orang sana tau cakap english, tak pelik la belajar dalam english. lagi satu, kalau tak belajar bahasa tempatan, memang sikit atau takde la kawan tempatan ko... aku rasa beruntung dapat belajar bahasa ni, bila dapat bahasa, budaya otomatik dapat sekali aku paham..

aku lebih hargai malaysia

ni memang takyah cite panjang-panjang pun aku rase semua orang bleh paham. bila satu benda tu dah tak bleh kita dapat dengan senang, baru la kita nak hargai kan.....



biarlah kalau ada orang nak kutuk entri ni, sebab aku tau apa yang aku buat kat sana.

auto-published on my departure time, 0200 malaysian time. konon-konon lagi dramatik la buat mcm ni..

Saturday, September 18, 2010

Puak-puak dalam Facebook korang....

maka sesi mengutuk facebook pun kembali, aku rasa dah tiba masanya untuk aku tulis sesuatu untuk kutuk facebook sebab aku tgh rase bosan dengan facebook. tapikan, setelah aku merujuk kepada buku " Himpunan 1001 Pepatah Melayu Zaman Tok Kadok" karangan hanafi jaafar, aku dapat kesedaran baru. mengikut pepatah siapalah facebook tanpa penggunanya, adalah lagi bes kalau aku kutuk penggunanya dari facebook tu sendiri.

ada macam-macam puak pengguna facebook ni, takde sape-sape pun salah tapi ada yang berperangai annoying kat aku.

PUAK TAK RETI TAPIS

puak ni suka tulis semua benda kat facebook, bagi diaorg, semua benda yang diaorg terhidu, terjilat, tersepak, terhantuk, tersenggol, tertelan, ter-apaapalagiyangkorangsuka mesti tulis kat facebook. banyak sangat imbuhan awalan "ter-", mengalahkan buku latihan BM darjah tiga, layak jugak puak ni dipanggil teroris, hahahahhahahahaha.

contoh status tiba-tiba tak reti filter:

Akak Meroyan Comel pagi ni gua melakukan proses penyahtinjaan, dapat tahi bentuk doraemon tgh makan kuih dorayaki lagi. terus gua rase nak pegi midveli beli kuih dorayaki.
11 minutes ago

kalau ada friend aku yang buat mcm ni byk kali, mmg aku bagi permanent hide.

PUAK STATUS ABSTRAK YANG ADA MASALAH SOSIAL KAT DUNIA SEBENAR

aku bagi contoh dulu la:

apa ko pikir ko hebat sangat ke? dalam dunia ni aku benci ko sorang je, aku rase nak belasah je anak sulung kucing ko. ko ingat aku tak takut ke? aku ni berani lagi bersemangat waja tau.

bersemangat waja la sangat sampai berani post kat facebook je, bukan nak pegi cakap depan-depan. sama ada diaorg ni memang jenis tak berani nak berdepan atau cuba nak buat hidup dia nampak tak membosankan kat depan orang lain...

kalau betul ada masalah, pegi la cakap depan-depan. tulis benda-benda macam ni kat facebook cuma buat masalah tu lagi keruh ada la....

PUAK KAKI KUIZ

aku syak la, puak ni sama ada rindu nak jawap exam atau student yang tak nak jawap exam, jadi pegi main kuiz banyak-banyak kat facebook sebab kuiz kat facebook senang atau there's no wrong answer. (in fact, i never think there's a real answer)

> Abang Hensem Muka Kulapuk took the quiz: Which Edward Cullen's Bodypart Are You?

                            Result  :  I am Edward's ketiak sebelah kiri yang kurang berbulu.

> Gadis Comel Pakai Fair n Lovely took the quiz: How Bad Is Your Constipation?

                           Result  :  You constipate so bad, the tahi you berak is heavier than 2 gorillas singing to Justin Bieber's song.

PUAK PARASIT TERHEBAT yang perasan jadi pria terhebat.

ni contoh kes kurang perhatian yang paling senang nak jumpa kat facebook. puak ni kalau nak jumpa, pegi je kat wall gadis-gadis jelita, ada banyak dowh.... kadang-kadang kesian jugak tgk diaorg ni, mcm desperate sgt je..

Abang Hensem Muka Kulapuk hahahaha, awak sangat betul dan awak ni kelakar la...
21 minutes ago

Abang Hensem Muka Kulapuk ada orang pnah cakap mata awak cantik tak? saya rase mata awak cantik tahap dewa 18.
20 minutes ago

Abang Hensem Muka Kulapuk saya setuju dengan apa yang awak cakap tu. saya akan sentiasa setuju dengan awak.......
19 minutes ago

Abang Hensem Muka Kulapuk awak...tak balas ke komen saya yang byk ni.. balas la awak....~
1 minutes ago



PUAK KUAT MARKETING / PROMOTE DIRI SENDIRI

puak ni rase marketing kat facebook adalah dengan hantar spam kat semua kawan dia kat facebook. macam-macam cara la spam diaorg ni, ada yang tag gambar, add friends berjuta-juta tak kesah kenal ke tak, hantar private message.

biasanya benda yang diaorg nak promote ni adalah benda nak jual, atau suruh orang lain jadi fan kat fanpage dia atau suruh follow website/blog dia.

ayat tipikal macam iklan: 

jadilah fan kepada kedai-daging-gorilla-mamat.com.my

tak nak? kalau macam tu jadilah fan saya mamat pemakan gorilla kat facebook

how about fanpage mamat makan bersama-sama gorilla ?

tak nak jugak? kalau nenek-mamat-bukan-gorilla.gov.nz ok tak? jadilah fan ye....

PUAK MENGAJAK SELURUH MANUSIA SEJAGAT

pikiran diaorg senang je, apa-apa event kena ajak semua orang dari semua tempat untuk datang. kenal tak kenal tu lain cite...

contoh mesej :

jemput datang ke parti besday kucing saye yang ke-11 bulan. saya tau awak tak kenal kucing saya, saya ni pun awak tak kenal sangat. tapi kita pernah masuk satu lif dulu masa shopping kat sogo.

jangan lupa datang tau, rumah saya kat no. 18, jalan Altantuya, 210984 Ulan Bator, Mongolia Darul Gengis Khan.

PUAK GAMER FB

Want to join farmvillage ?!

i just upgraded my tenggiling to level 18 tenggiling-warrior !
this will be legendary when my tenggiling reach level 174 the-tenggiling-warlord.

aduh! memang aku block notification ni sume. aku tak berminat la weyh.....


kepada korang yang menghadapi masalah friends macam ni, hide je trus user-user tu. dia pun bukan tau ko hide dia kan... nak unfriend mcm kesian dgt plak.

korang ada jumpa PUAK-PUAK lain tak kat fb? cite sket....


Friday, September 17, 2010

bertukat menjadi...............edward cullen

lelaki baru minggu lepas beli pencuci muka : siti hawa, dah naik kapal blum?

kekasih jarak jauh (KJJ) : belum, tapi dah masuk gate....

============================================================

lelaki baru minggu lepas beli pencuci muka : siti hawa, nak makan lagi ke? tadi dalam kapal bukan dah makan kan?

KJJ : aii lapa gle, sampai india je terus nak lapa.

lelaki baru minggu lepas beli pencuci muka : hoyeah, silalah makan sampai jadi berat ye...



dari konversasi di atas, bolehlah pelajar-pelajar merumuskan bahawa lelaki itu menggelabah nak bagitau satu dunia dia baru beli pencuci muka. mintak maaf la adik-adik pelajar sekolah, aku ni memang teruja setiap kali beli pencuci muka sebab memang jarang guna pun. bila dah beli rasa macam dijanjikan muka jadi hensem lepas beberapa minggu....

tapi bila tak hensem-hensem jugak, aku terus merajuk setahun tak nak cuci muka... ingatkan dapat la muka aku hensem raya aritu, tapi kecewa.... korang tak kecewa ke?

seterusnya para pelajar jangan terkeliru dengan KJJ, ini bukan JKKK tau. KJJ tu duk jauh kat india tu, pegi belajar medik susah payah, nak balik raya pun kena ponteng kelas. haaa....sape cakap india tak jauh?! SAPE CAKAP??

hehe, memang tak jauh pun tapi sebab aku lelaki tak hensem di atas tu dah nak dekat dua (2) tahun tak jumpa beliau, maka sangatlah syahdu... syahdu weyh, dalam lama tak jumpa tu jugak la aku ditunangkan... bila dah syahdu, bolehlah korang layan lagu tangkap leleh..aku tak dengar lagu tangkap leleh ni, geli pun ada...jadi korang tolong layan untuk pihak aku je la ye.

akhir kata, sape ada pencuci muka yang boleh buat muka jadi hensem?