! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Saturday, April 4, 2009

aku rasa aku perlukan tongkat untuk kaki kanan ini.

Maaf kepada para pembaca kerana kekurangan sikap rajin dalam kebelakangan ini dalam menulis blog mahupun membaharui capaian-capaian di seluruh laman sesawang (website).



Akhirnya aku sempat jugak mahu menulis, setelah sibuk dengan kehidupan pelajar yang sangat memeningkan lagi melelahkan. Sungguh kakiku sangat sengsara ketika ini dan sedang membesarkan bengkak akibat keterpeleotan yang didapati semasa bermain bola petang tadi. Cuaca terlalu indah hingga tak tertahan rasa untuk turun ke padang. Langsung kaki terseliuh dan tidak mampu menjadi manusia normal untuk beberapa pasang minggu akan datang. Mungkin kesengsaraan ini juga yang membawa aku untuk kembali menulis di blog.








Musim semi (musim bunga) sudah tiba, cantiknya membuatkan aku mahu menanggalkan pakaian. Iya, tapi bukan semua pakaian, Cuma yang tebal-tebal sahaja. Suhu sudah menjadi belas-belasan, 15 darjah celcius sudah mampu buat aku berpeluh. Langit terlalu cerah, tiada awan walau sedikit, Cuma kebiruan langit ditompoki cahaya terang matahari. Gelombang cahaya kurang lebih menyakiti bola mata aku, membuat aku terasa untuk membeli kaca mata gelap dari Oakley. Namun seperti yang kalian maklum, krisis keuangan dunia masih tidak pulih, aku juga berkrisis keuangan, Cuma lebih membimbangkan kerana secara ilmu hisabnya, aku akan tidak jauh dari pengemis. Atau pengemis barangkali lebih beruang ( berwang).






Mari lihat hidup aku yang baru, mungkin agak haru.



Bunga-bunga musim bunga mula tumbuh di tepian jalan.



langit awal musim bunga, tidak seperti diceritakan di atas.


Sore cemerlang dalam perjalanan menuju ke rumah aku.



ini langit, anda sudah tahu bukan?



aku suka foto ini, namun mengambil foto individu lain tanpa izin adalah salah di sisi undang-undang, jangan cuba ini.



sudah aku kata, bunga-bunga ini tumbuh di tepian jalan



ini bangunan tempat menuntut ilmu, sungguh jelas gaya minimalisnya, apa cara sekali pun, ini bukan bangunan tempat aku belajar, cuma sebahagian dari Fachhochschule aku. aku dapat bangunan lama yang buruk.



di belakang rumah, tapak terbaik untuk memanggang daging atau menggelapkan kulit di bawah sinar matahari. aku lebih gemar yang pertama.



laluan di belakang rumah, seronok menunggang basikal di sini



gugusan rumah pelajar, yang paling kanan itu rumah aku, dan bukan aku punya seorang.




lanskap belakang rumah, anda boleh berguling-guling sampai ke bawah jika mahu




ini juga langit, pasti anda masih ingat.


teknik yang baik dibazirkan pada kamera dua megapiksel.



lagi gambar




gambar lagi



semua di atas merupakan gambar dari kamera terbina dalam telefon bimbit, mutunya kurang elok bukan? cuma dua megapiksel. tidak berapa enak untuk dinikmati.

sekarang ini sedang berlangsung NewieParty. boleh dikatakan parti terbesar sepanjang tahun, dengan hampir 2000 pelajar mabuk menghentak-hentak kaki ke lantai Fachhochshule. parti-parti liar begitu bukan perkara asing di sini. tapi masih mampu menimbulkan kebingungan lantaran kerajinan muda-mudi negara ini terlalu gemar berparti. boleh dikatakan setiap dua minggu akan ada parti rasmi dianjurkan oleh sesiapa. itu tidak dikira parti-parti kecil setiap hujung minggu.


kembali kepada dilema keuangan yang aku sedang hadapi, boleh jadi bersumber dari proses pengindahan bilik. hakikatnya tidaklah seindah mana, jika mahu lebih indah, mungkin aku sudah berhutang sekarang. ini bilikku berkeluasan 18 meter persegi pandangan kamera berkapasiti 8 megapiksel

bilik ini ketika awal menerima kedatangan aku





selepas berjaya digubah


kedalaman yang menggambarkan tahap keterukan jatuhnya aku dalam krisis keuangan



semoga permohonan tuntutan wang yang aku hantar ke JPA diterima. harap kalian yang juga bergantung hidup pada wang rakyat tidak terjebak dalam kancah kesuntukan wang. sampai nanti.

Friday, March 13, 2009

aku rindukan pemandangan seperti ini. ini adalah gambar yang diambil dipenghujung tahun 2005, samura. dan tahniah samura di atas keputusan spm terbaharu.



Kepada para pembaca, maaf kerana lama sudah tidak menulis...

Oh ya, sudah 5 hari aku tiba di Bandar Aalen ni, dan bandar ni akan jadi tempat tinggal aku untuk 5 tahun lagi, semoga dipermudahkan. Apa saja yang mampu aku kata, aku suka rumah baru ini. Rumah ini terbina dgn 6 bilik, 2 kamar mandi dan 1 ruang tamu bersambung dengan dapur. Ada 2 set PS3 dalam rumah ini dan beberapa buah televisyen. Dan yang paling menggembirakan aku, aku baru beli basikal semalam.

Daskin : kalau bapak ko tau ko beli basikal harga rm2000, mesti dia bising punye...

Basikal yang aku beli tu harganya hampir 400Euro, hampirlah kepada rm2000. Bukan aku nak beli basikal mahal2, tapi tu antara basikal yang paling murah aku boleh cari kat negara ni. Oh, sebelum terlupa, daskin tu senior aku yang sangat baik. Dahulu rumah ni dipenuhi dgn rakyat malaysia, namun selepas seorang demi seorang keluar meninggalkan rumah ini kerana memulakan Diplom Arbeit (semester terakhir yang anda perlu bekerja di mana2 syarikat), atau pulang ke tanah air, maka tinggallah 4 rakyat malaysia termasuk aku yang baru masuk. 2 lagi bilik diisi dengan warga jordan, Cuma mereka tidak akan bertahan lama kerana hadir sebagai pelajar tukaran (exchange student) untuk 2 semester.
Bandar Aalen ini terbaik sebab tidak jauh beza dengan bandar baru bangi, walaupun bandar ni dah hampir 2 ribu tahun berasas tapi bandar ini tetap kecil dan padat, semuanya dekat. Tapi sau perkara yang kurang enak adalah pengangkutan basnya yang tidak setanding bandar2 lain di negara ini. Basnya tidak kerap, dan tempat berhentinya jauh dari tempat tinggal aku. Justeru aku beli basikal.

Bilik aku masih tidak banyak isi, benar kata para senior, boleh pening kepala fikirkan bagaimana harus diisi bilik ini. Secara relatif, bilik ini memang luas. Tidak hairanlan daskin menempatkan televisyen 42 inci dalam biliknya dan masih terasa luas. Sehubungan dengan itu, perlulah aku ke ikea selalu walaupun jauh dan penat mengangkat barang. Naik tren sahaja sudah memakan masa 1 jam, dan perlu naik bas dan berjalan kaki, kadang kala perlu menunggang teksi. Bagaimana lagi, ikea terdekat ada di bandar Ulm, agak jauh. Ikea, ya memang ikea. Kalau di malaysia, aku memandang ikea sebagai jenama yang agak terkemuka. Tapi apakan daya, di negara ini, ikea jugalah tempat yang paling murah dan paling banyak pilihan. Lampu2 dan perabut yang aku beli setakat ini semuanya dari ikea. Cuma sekarang aku perlukan permaidani......

Kelas hanya akan bermula minggu hadapan, sungguh menggetarkan. Tapi seharusnya aku bersyukur kerana mempunyai seminggu yang kosong untuk mengatur kehidupan di bandar ini. Tidak seperti rakan2 yang lain, Cuma dapat beberapa hari.

Lama sudah aku tidak nampak matahari di waktu pagi, cuaca terkini seringkali tidak indah. Barangkali perubahan antara musim sejuk kepada musim bunga memang tidak sebaik yang diharapkan, apa2 pun aku tidak sabar untuk meninggalkan musim sejuk ini, sangat tidak seronok.

Wednesday, February 18, 2009

disini masa (dan wang) dialirkan...

saya sangat marah, kereta ini tidak mahu bergerak
^^^Mercedes Benz Museum^^^

[beautiful castles do not exist only in fairy tales]
^^^Burg Hohenzollern^^^


musim sejuk terlalu sejuk, mungkin badan boleh panas sedikit dengan memakan matahari ini.
^^^matahari jatuh di Reutlingen^^^

kami sangat berjaya dalam menghabiskan duit.
^^^Metzingen "Factory Outlet City"^^^