! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Tuesday, July 3, 2012

kisah yang agak sedih dari tahun 1978

ini sebuah cerita yang hanya sekali diceritakan kat aku... mungkin terlalu sedih untuk diulang oleh mereka yang merasa.. aku janji, ini kisah benar... tempat, waktu, nilai matawang semuanya sama, yang aku tukar cuma nama...

biar aku mulakan dengan beri nama kepada watak utama.. nama paling biasa dari buku teks, Ahmad.

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

Ahmad baru tamat ijazah sarjana muda dan ditawarkan biasiswa untuk peringkat ijazah (master) di University of Boston. sebelum dia terbang ke negara orang, dia berkahwin dengan seorang wanita dari kursus pengajian yang sama dengannya di peringkat ijazah sarjana muda...

selesai berkahwin, beberapa bulan selepas itu pasangan muda ini terbang ke amerika memulakan hidup baru sebagai suami isteri... tahun 1978, penerbangan terus ke Boston dari Malaysia belum wujud lagi.. bertukar-tukar penerbangan dan akhirnya hampir dua hari kemudian, tibalah mereka di negara asing.

pasangan ini tidak bercadang untuk pulang ke tanah air sehingga tamat pengajian 2 tahun kemudian, si isteri tidak belajar atau bekerja, tetapi sekali-sekala mengambil upah menjaga anak orang kenamaan yang berasal dari benua afrika.

berutus surat antara amerika dan Malaysia jugak tidak dilupa, cuma mereka hanya mampu untuk mengguna pos standard yang mengambil masa dua bulan untuk sepucuk surat tiba..

mereka secara asasnya hidup dengan duit biasiswa dari Malaysia, cukup untuk mereka berdua, malah cukup untuk dikirimkan kepada kedua orang tua di kampung...Ringgit Malaysia Dua Ratus, nilai yang cukup besar di zaman 70-an, dihantar melalui transaksi bank terus dari amerika..

suatu hari pihak bank mengutus surat ke kediaman mereka, kata pihak bank, transaksi bernilai RM200 yang dibuat tidak berjaya sampai ke Malaysia...Ahmad kekeliruan, adakah ada masalah dengan akaunnya, atau masalah dengan akaun orang tuanya di Malaysia...

beberapa minggu kemudian tiba surat dari kampung, bapa sudah meninggal.

ya, sudah dua bulan meninggal...surat di tahun 1979 bukan seperti menghantar SMS antara benua di tahun 2012, cuma memerlukan beberapa saat..

terkesima Ahmad dengan berita, tapi apakan daya, berita kematian sampai terlalu lambat...pengajiannya pun tinggal beberapa bulan saja lagi untuk tamat, elok saja dia tunggu sehingga habis belajar.. akaun bapa di Malaysia sudah ditutup, sebab itu transaksi wang ke Malaysia hari itu gagal..

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

susah nak bayangkan kalau aku yang berada dalam keadaan macam Ahmad, larat ke aku nak terima kenyataan...macam mana la agaknya aku nak kawal diri dan perasaan..

setiap kali aku teringat cerita ni, aku rasa sedih dan aku harap sangat takkan berlaku dekat aku... dan ini cuma satu dari banyak lagi kisah sedih dari kami yang belajar di luar negara.....ada yang ibu bapa meninggal, ada pelajar yang meninggal.. dan setiap kali ada musibah sebegini terjadi, aku akan jadi tergamam untuk seminggu dua...walaupun yang meninggal tu bukan orang yang aku kenal pun..

akhir kata, jangan lupa sayangi ibu bapa anda

hek eleh kucing, buat muka sedih pulak kau...

Monday, July 2, 2012

dari tersinggung hati, terhasil entri motivasi

aku rasa kita semua tahu negara Jepun, negara yang pernah menjajah kita zaman dulu-dulu, negara yang kena 2 bijik bom atom, dan sekarang negara yang maju, sangat maju...

orang jepun berjaya bangunkan negara yang teruk kena belasah masa perang dunia kedua, dan sekarang berada pada tempat ketiga ekonomi terbesar dunia. ada orang cakap, kemajuan negara jepun buat malaysia nampak 10 tahun ketinggalan...

aku bukan nak fikirkan sangat berapa tahun kita tertinggal sebenarnya...tapi terfikir satu benda, pernah tak orang jepun tengok negara lain macam negara malaysia kita dan kata "oh, mereka tertinggal 10 tahun dari kemajuan kita, apa kata kita relax dulu, tunggu sampai negara lain sama maju dengan kita..."

tak ada kan? orang jepun dah maju dan terus nak maju, makin maju...

apa yang aku cuba sampaikan adalah...tak kisah la seberapa bagus kita ni, tak bererti kita patut berhenti.

benda ni boleh kita guna dalam hidup kita, dalam masyarakat dan negara kita... bila kita dan habis sekolah atau universiti, tak semestinya kita patut berhenti belajar benda baru...cukuplah kita membaca benda-benda baru, belajar melihat sesuatu perkara dari pandangan budaya dan negara lain..

sama la dengan negara kita, ya, negara kita aman, terhindar dari bencana alam, rakyat ada pelajaran dan pekerjaan... tapi tak bererti kita patut pandang negara-negara miskin dekat afrika dan cakap "oh, ada negara tu tak cukup makan, perang dan huru-hara, jadi kita patut berhenti menambahbaik negara kita dan bersyukur dengan apa yang ada"

aku sangat tersinggung hati bila dengar orang yang cakap macam tu walaupun dia bukan tujukan dekat aku...

seolah-olah berusaha menjadi lebih baik tu satu benda yang salah dan tak adil untuk orang lain sebab ada orang lain tak sebaik/maju macam kita..

seolah-olah kita cakap dengan orang ada tengah buat program master degree dekat universiti itu tamak dan hanya merendahkan mereka yang hanya ada bachelor degree..

menjadi lebih baik tu tanggungjawap individu terhadap diri sendiri, dan menjadi tanggungjawap bersama bila kita bertindak sebagai ahli masyarakat..dan aku lihat mereka yang kita tak patut menambahbaik diri dan masyarakat ni sebagai orang yang hanya melembapkan kemajuan negara..


aku tulis jugak satu entri bersifat motivasi, selagi aku tak tulis benda ni, tak tenang hati nak study untuk exam...

aku rasa ini la rupa musang tengah senyum

Wednesday, June 27, 2012

tak salah untuk aku homesick...

kesian blog ini, kena tinggal dengan dahsyat oleh tuan punya... tak pasti kenapa kena tinggal sebegitu lama..

aku ada lagi lebih kurang sebulan lebih sebelum flight balik malaysia...bukan balik terus okeh, aku masih kena belajar lagi dekat sini, ni balik bercuti je..bagi la aku peluang nak balik berpuasa dan beraya.... tahun lepas aku puasa masa tengah praktikal, sumpah tak bes....beraya pulak tak rasa macam raya pun.. pagi raya makan sausage dengan kentang goreng je, sedih kau tau...

kali terakhir aku kat malaysia adalah masa aku menikah, dah 18 bulan rupanya... dah setahun setengah beristeri tapi belum lagi berpuasa beraya sama-sama... takpe, tahun ni aku nak puasa kat malaysia, lepas tu beraya kat india...

mesti la aku nak beraya kat india, isteri tak dapat balik beraya, jadi aku pergi temankan dia kat sana...

oh, aku dah pindah rumah, sebabkan tak dapat duduk hostel, kena la cari rumah private... hamek kau, sekali yang aku jumpa ni mahal yang teramat, tapi nak buat macam mana, itu je yang ada....kalau tak sewa rumah ni, merempat la aku..

bagi aku rumah ni besar untuk aku duduk seorang, siap dengan balkoni lagi... parking lot pun dapat sebijik walaupun aku tak pernah ada kereta..

aku rasa benda paling bes aku dapat dgn rumah ni adalah dapur, walaupun kecik memang betul-betul kecik, tapi cukup la untuk aku...dengan dapur keramik yang dah bertahun aku mengidam nak guna..

satu trivia, rumah ni dekat dengan pejabat pos,supermarket, dan kedai batu nisan... aku tengok batu nisan kat kedai tu takde pun macam orang melayu selalu guna, tapi aku rasa kalau nak tempah boleh je...


lantai kayu adalah lantai paling sedap untuk dipijak...pintu kat sebelah kanan tu bukan pintu keluar rumah, tapi pintu untuk pergi bahagian rumah yang tak ada dalam gambar...


benda warna hitam berbentuk empat segi tu la dapur keramik.. yang warna kuning tu pulak pisang...


ini dari balkoni waktu malam. abaikan garisan cahaya tu, aku tengah main-main dengan shutter speed masa ambil gambar ni...


nanti bila aku dah habis exam, dah ada dekat malaysia atau india, masa tu aku rajin la kot nak update blog. dalam draft tu ada 34 entri lagi tak publish...

maka siaplah satu entri yang tak berilmiah langsung, dan aku rasa macam sengal sebab aku patut study untuk exam....bukannya belek-belek blog sendiri..