! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Sunday, July 18, 2010

bangun jam 3 pagi untuk menulis ini?

semester 1 : 5 kertas dalam 5 hari berturutan
semester 2 : 6 kertas dalam 6 hari berturutan, ya, sabtu pun kena jawap peperiksaan, sadis sungguh.
semester ini : 5 kertas dalam 15 hari, hahahahahhaha

aku risau juga dengan jadual kali ini yang sangat berkontradiksi dengan kekejaman jadual-jadual peperiksaan aku di zaman lepas. ini kali pertama aku diberi ruang untuk tidak mati tersepit antara subjek peperiksaan. dan sekarang aku cuma tinggal satu lagi subjek untuk dihabiskan.

jadual longgar ini adalah hasil dari kewujudan benda bernama Kejuaraan Dunia Bola Sepak FIFA. nama yang popular adalah World Cup dengan singkatan WC. tapi setiap kali aku terbaca singkatan WC, aku terus teringat akan tandas dan bilik air. WC kan water closet, singkatan rasmi untuk tandas dan bilik air.

oh, kisahnya ada pelajar yang memohon tempoh peperiksaan dipanjangkan demi memenuhi keperluan menonton bola sepak. permohonan berjaya. aku suka. kau suka. tapi orang jerman akhirnya tak suka sebab kalah di separuh akhir, muahahhahahhahhaa!

tempoh peperiksaan yang longgar-longgar ini juga membuat aku lebih merancang bagaimana untuk menghadapi cuti musim panas kelak, merancang untuk peperiksaan sedikit-sedikit saja.... aku rasa aku sudah separuh bercuti pun. oh, janganlah ini membawa aku kepada kehancuran.

huu...apa yang aku mahu buat cuti musim panas ini. sesungguhnya cuti musim panas harus dimanipulasi dengan rakus kerana aku tidak suka berjalan-jalan di cuti musim sejuk. keluar rumah di musim sejuk hanyalah menjerumuskan diri ke dalam kesakitan nyata.

Sunday, July 11, 2010

bila isyak jam 12 dan subuh jam 3

dan masa ni la peperiksaan mahu datang bersama-sama piala dunia terpampang di paparan rata LCD. aku lebih rela tunggu subuh jam 3 pagi dari tidur lewat dan kemudian bangun dan perlu tidur semula. ya, tidur semula adalah perlu. melainkan kau rasa tidur jam 12 dan bangun jam 5 lalu tidak tidur lagi itu sudah cukup.

ah, dah subuh.

Thursday, June 3, 2010

aku harap aku boleh bersukan dengan riang ria seperti zaman dahulu kala....

selama aku menduduki negara ini, mulalah aku sedar bahawa penduduk negara ini sangat ghairah dengan sukan. setiap kali sesiapa berkata-kata tentang sukan dan diri mereka sendiri, soalan pertama yang akan dipaculkan adalah : "kau ada sertai mana-mana kelab sukan?"

menyertai kelab sukan adalah seperti kewajipan di negara ini, sekurang-kurangnya satu kelab. kelab-kelab sukan ini biasanya dibiayai sebahagiannya oleh bandar masing-masing. jadi ini salah satu cara untuk membuatkan diri pembayar cukai rasa berbaloi membayar cukai.

atas sebab sukan terlalu mempengaruhi hidup makhluk-makhluk jerman ini, layaklah sukan dijadikan sebagai kultur mereka. kultur cuma perkataan lain bagi budaya, sengaja mahu kelihatan lupa perkataan yang lebih kemelayuan. kultur sukan ini sangat menebal, para remaja pun malas nak buat masalah sosial lantas pergi bermain bola sepak, atau apa-apa bola lain, atau tidak berbola pun mereka main. iyalah, sukan balapan tak perlukan bola bukan?

mereka bersungguh dalam meraikan sukan. asalkan ada pertandingan sukan, parti beralkohol adalah susulan wajib. kalah atau menang itu memang penting, tapi lebih penting adalah parti selepas tamat pertandingan, tidak kisah kalah atau menang, parti perlu terus.....


aku masih dalam pantang, bukan lepas melahirkan anak ya, aku lelaki. ini pantang tidak boleh bersukan, seharusnya setahun selepas pembedahan bersejarah itu, aku tidak patut bersukan, tapi kadang-kadang tak tertahan nafsuku ini untuk bersukan, maka aku bersukan juga.

seperti karam singh walia, tidak boleh tidak menaikkan tangan beliau beberapa ribu kali ketika melapor berita. begitulah aku dengan keinginan aku yang membuak-buak ingin bersukan.

seperti budak kecil menatap peti ais kerim berjam-jam lamanya, hingga dimarahi ibu kerana lambat sangat hendak memilih ais kerim, namun terus ditenung peti itu. begitulah aku dengan memilih apa yang aku mahu sukankan kelak bila sudah sembuh. ah, bila bahu ini mahu sembuh..... aku mahu main juga sukan-sukan tangan, sukan kaki, sukan kepala mahupun sukan perut...

aku rasa berenang itu sukan perut, tanpa perut maka tenggelamlah manusia...

aku mahu bermain ping pong lalu membuat bola lencong yang tidak sah tapi membuatkan aku bangga sekejap. fahamkah kamu akan aku? bola lencong yang tidak sah itu aku maksudkan adalah seperti sepakan percuma yang diambil oleh christiano ronaldo mahupun pakcik david beckham, sungguh lencong sehingga anda rasa bola itu seperti mahu berpatah balik kepada anda.

tapi kenapa tidak sah? sebab bola ping pong tu tak menjejak meja bahagian lawan.

kenapa aku bangga sekejap? sebab bola tu terbang kena muka lawan tepat-tepat antara dua kening beliau yang hitam dan lebat itu.



ini nenek siapakah? cepat mengaku. mahulah aku mengucap tahniah kepada cucu yang berjaya menjaga neneknya sampai jadi rajin berping-pong.



oh, kalian masih ingat Liga Juara-Juara Eropah yang baru tamat hari itu?

Inter Mailand 2-0 FC Bayern Muenchen

pada petang kejadian, sebelum perlawan. aku tiba di stesen keretapi paling utama di bandar muenchen demi menukar tren dan makan KFC. setelah perut kenyang meratah kepak-kepak ayam yang berpuluh-puluh itu, teruslah kami mencari tren untuk ke bandar seterusnya.

stesen tren itu penuh dengan manusia berjersi bayern muenchen, takkan mahu pakai jersi inter mailand pula, mahu kena pukulkah? walaupun final liga juara-juara itu berkumandang di real madrid, namun penyokong bayern ini sangatlah bersemangat meraikan layaknya pasukan bandar mereka ke final. rajin pula mereka menteriak demi pasukan mereka itu.

sedang aku berdiri bertiga dengan rakan-rakan aku sambil khusyuk mentertawakan nasib manusia fanatik bola sepak itu dimarahi polis akibat kebisingan yang menggegarkan atap stesen tren,

tiba-tiba kami disapa seorang wanita pertengahan usia, wanita asia itu bertanya dengan lagak spontan......

"are you from Tibet?"

apakah?!!