! ! BajuLusuhSeluarTampal

Pages

Monday, July 9, 2012

kita ni dah cukup matang?

bila usia dah masuk 20-an, mesti ramai yang akan terpikir tanggungjawap untuk menjadi dewasa. tanggungjawap ni takde yang suruh pun, sendiri faham la...masyarakat mengharap bila kita masuk usia 20-an, kita jadi matang, jadi penyumbang kepada pembangunan masyarakat tu sendiri...

tapi macam mana nak tahu kita dah matang ke belum?

bila aku tanya macam ni, ada pulak yang alih tumpuan kepada soalan : lelaki atau perempuan yang jadi matang dulu?

matang kat sini bukan maksud capai akil baligh (puberty) dulu, tapi jadi
matang macam seorang dewasa...
matang yang cukup untuk buat keputusan besar secara sendiri...
matang yang cukup bijak untuk tak dipergunakan orang lain...

jadi aku alih balik tumpuan ke satu jawapan yang boleh jawap dua-dua soalan tu serentak...

sifat jelas orang yang dah matang dewasa adalah bila dia tak mudah homesick bila berjauhan dengan keluarga, kalau asyik tiap-tiap hujung minggu rasa sedih bila tak dapat balik jumpa keluarga, rasa perangai macam tu macam belum cukup matang lagi...belum cukup berani untuk menghadapi dunia dalam masa sama berjauhan dengan keluarga...

semua orang akan berjaya atasi hal ini, cuma cepat atau lambat saja...kalau dah kahwin, ada keluarga sendiri pun tak habis-habis nak homesick, pun susah jugak kan...

kita tak perlu membandingkan lelaki atau perempuan bila nak tengok sifat ni, majoriti dari kita ada keluarga, jadi semua orang sama......dan bila kita lihat mereka yang membesar tanpa keluarga, mereka lagi cepat matang ada la..

ini anak kucing jenis Caracal, mereka belum matang lagi rasanya...

Tuesday, July 3, 2012

kisah yang agak sedih dari tahun 1978

ini sebuah cerita yang hanya sekali diceritakan kat aku... mungkin terlalu sedih untuk diulang oleh mereka yang merasa.. aku janji, ini kisah benar... tempat, waktu, nilai matawang semuanya sama, yang aku tukar cuma nama...

biar aku mulakan dengan beri nama kepada watak utama.. nama paling biasa dari buku teks, Ahmad.

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

Ahmad baru tamat ijazah sarjana muda dan ditawarkan biasiswa untuk peringkat ijazah (master) di University of Boston. sebelum dia terbang ke negara orang, dia berkahwin dengan seorang wanita dari kursus pengajian yang sama dengannya di peringkat ijazah sarjana muda...

selesai berkahwin, beberapa bulan selepas itu pasangan muda ini terbang ke amerika memulakan hidup baru sebagai suami isteri... tahun 1978, penerbangan terus ke Boston dari Malaysia belum wujud lagi.. bertukar-tukar penerbangan dan akhirnya hampir dua hari kemudian, tibalah mereka di negara asing.

pasangan ini tidak bercadang untuk pulang ke tanah air sehingga tamat pengajian 2 tahun kemudian, si isteri tidak belajar atau bekerja, tetapi sekali-sekala mengambil upah menjaga anak orang kenamaan yang berasal dari benua afrika.

berutus surat antara amerika dan Malaysia jugak tidak dilupa, cuma mereka hanya mampu untuk mengguna pos standard yang mengambil masa dua bulan untuk sepucuk surat tiba..

mereka secara asasnya hidup dengan duit biasiswa dari Malaysia, cukup untuk mereka berdua, malah cukup untuk dikirimkan kepada kedua orang tua di kampung...Ringgit Malaysia Dua Ratus, nilai yang cukup besar di zaman 70-an, dihantar melalui transaksi bank terus dari amerika..

suatu hari pihak bank mengutus surat ke kediaman mereka, kata pihak bank, transaksi bernilai RM200 yang dibuat tidak berjaya sampai ke Malaysia...Ahmad kekeliruan, adakah ada masalah dengan akaunnya, atau masalah dengan akaun orang tuanya di Malaysia...

beberapa minggu kemudian tiba surat dari kampung, bapa sudah meninggal.

ya, sudah dua bulan meninggal...surat di tahun 1979 bukan seperti menghantar SMS antara benua di tahun 2012, cuma memerlukan beberapa saat..

terkesima Ahmad dengan berita, tapi apakan daya, berita kematian sampai terlalu lambat...pengajiannya pun tinggal beberapa bulan saja lagi untuk tamat, elok saja dia tunggu sehingga habis belajar.. akaun bapa di Malaysia sudah ditutup, sebab itu transaksi wang ke Malaysia hari itu gagal..

_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

susah nak bayangkan kalau aku yang berada dalam keadaan macam Ahmad, larat ke aku nak terima kenyataan...macam mana la agaknya aku nak kawal diri dan perasaan..

setiap kali aku teringat cerita ni, aku rasa sedih dan aku harap sangat takkan berlaku dekat aku... dan ini cuma satu dari banyak lagi kisah sedih dari kami yang belajar di luar negara.....ada yang ibu bapa meninggal, ada pelajar yang meninggal.. dan setiap kali ada musibah sebegini terjadi, aku akan jadi tergamam untuk seminggu dua...walaupun yang meninggal tu bukan orang yang aku kenal pun..

akhir kata, jangan lupa sayangi ibu bapa anda

hek eleh kucing, buat muka sedih pulak kau...

Monday, July 2, 2012

dari tersinggung hati, terhasil entri motivasi

aku rasa kita semua tahu negara Jepun, negara yang pernah menjajah kita zaman dulu-dulu, negara yang kena 2 bijik bom atom, dan sekarang negara yang maju, sangat maju...

orang jepun berjaya bangunkan negara yang teruk kena belasah masa perang dunia kedua, dan sekarang berada pada tempat ketiga ekonomi terbesar dunia. ada orang cakap, kemajuan negara jepun buat malaysia nampak 10 tahun ketinggalan...

aku bukan nak fikirkan sangat berapa tahun kita tertinggal sebenarnya...tapi terfikir satu benda, pernah tak orang jepun tengok negara lain macam negara malaysia kita dan kata "oh, mereka tertinggal 10 tahun dari kemajuan kita, apa kata kita relax dulu, tunggu sampai negara lain sama maju dengan kita..."

tak ada kan? orang jepun dah maju dan terus nak maju, makin maju...

apa yang aku cuba sampaikan adalah...tak kisah la seberapa bagus kita ni, tak bererti kita patut berhenti.

benda ni boleh kita guna dalam hidup kita, dalam masyarakat dan negara kita... bila kita dan habis sekolah atau universiti, tak semestinya kita patut berhenti belajar benda baru...cukuplah kita membaca benda-benda baru, belajar melihat sesuatu perkara dari pandangan budaya dan negara lain..

sama la dengan negara kita, ya, negara kita aman, terhindar dari bencana alam, rakyat ada pelajaran dan pekerjaan... tapi tak bererti kita patut pandang negara-negara miskin dekat afrika dan cakap "oh, ada negara tu tak cukup makan, perang dan huru-hara, jadi kita patut berhenti menambahbaik negara kita dan bersyukur dengan apa yang ada"

aku sangat tersinggung hati bila dengar orang yang cakap macam tu walaupun dia bukan tujukan dekat aku...

seolah-olah berusaha menjadi lebih baik tu satu benda yang salah dan tak adil untuk orang lain sebab ada orang lain tak sebaik/maju macam kita..

seolah-olah kita cakap dengan orang ada tengah buat program master degree dekat universiti itu tamak dan hanya merendahkan mereka yang hanya ada bachelor degree..

menjadi lebih baik tu tanggungjawap individu terhadap diri sendiri, dan menjadi tanggungjawap bersama bila kita bertindak sebagai ahli masyarakat..dan aku lihat mereka yang kita tak patut menambahbaik diri dan masyarakat ni sebagai orang yang hanya melembapkan kemajuan negara..


aku tulis jugak satu entri bersifat motivasi, selagi aku tak tulis benda ni, tak tenang hati nak study untuk exam...

aku rasa ini la rupa musang tengah senyum

Wednesday, June 27, 2012

tak salah untuk aku homesick...

kesian blog ini, kena tinggal dengan dahsyat oleh tuan punya... tak pasti kenapa kena tinggal sebegitu lama..

aku ada lagi lebih kurang sebulan lebih sebelum flight balik malaysia...bukan balik terus okeh, aku masih kena belajar lagi dekat sini, ni balik bercuti je..bagi la aku peluang nak balik berpuasa dan beraya.... tahun lepas aku puasa masa tengah praktikal, sumpah tak bes....beraya pulak tak rasa macam raya pun.. pagi raya makan sausage dengan kentang goreng je, sedih kau tau...

kali terakhir aku kat malaysia adalah masa aku menikah, dah 18 bulan rupanya... dah setahun setengah beristeri tapi belum lagi berpuasa beraya sama-sama... takpe, tahun ni aku nak puasa kat malaysia, lepas tu beraya kat india...

mesti la aku nak beraya kat india, isteri tak dapat balik beraya, jadi aku pergi temankan dia kat sana...

oh, aku dah pindah rumah, sebabkan tak dapat duduk hostel, kena la cari rumah private... hamek kau, sekali yang aku jumpa ni mahal yang teramat, tapi nak buat macam mana, itu je yang ada....kalau tak sewa rumah ni, merempat la aku..

bagi aku rumah ni besar untuk aku duduk seorang, siap dengan balkoni lagi... parking lot pun dapat sebijik walaupun aku tak pernah ada kereta..

aku rasa benda paling bes aku dapat dgn rumah ni adalah dapur, walaupun kecik memang betul-betul kecik, tapi cukup la untuk aku...dengan dapur keramik yang dah bertahun aku mengidam nak guna..

satu trivia, rumah ni dekat dengan pejabat pos,supermarket, dan kedai batu nisan... aku tengok batu nisan kat kedai tu takde pun macam orang melayu selalu guna, tapi aku rasa kalau nak tempah boleh je...


lantai kayu adalah lantai paling sedap untuk dipijak...pintu kat sebelah kanan tu bukan pintu keluar rumah, tapi pintu untuk pergi bahagian rumah yang tak ada dalam gambar...


benda warna hitam berbentuk empat segi tu la dapur keramik.. yang warna kuning tu pulak pisang...


ini dari balkoni waktu malam. abaikan garisan cahaya tu, aku tengah main-main dengan shutter speed masa ambil gambar ni...


nanti bila aku dah habis exam, dah ada dekat malaysia atau india, masa tu aku rajin la kot nak update blog. dalam draft tu ada 34 entri lagi tak publish...

maka siaplah satu entri yang tak berilmiah langsung, dan aku rasa macam sengal sebab aku patut study untuk exam....bukannya belek-belek blog sendiri..

Friday, March 23, 2012

nak tanya pasal study kat jermen atau luar negara ?

aku dapat byk soalan pasal study kat jermen dan luar negara. ada yang bagi soalan direct, ada yang tanya kat komen, ada kat chatbox. byk jugak google search pasal study luar negara yang sampai blog ni.

bila ada yang bertanya, aku nak sangat tolong. lagi-lagi kalau pasal jermen, aku nak bagi jawapan yang detailed. jadi kalau ada apa-apa soalan, boleh terus email aku kat Hanafi_Jaafar@ymail.com
dan bila bertanya, bagitau la details yang patut. contohnya,study bachelor dengan study masters kat jermen ni..jauh sangat beza. jadi lagi senang aku nak tolong bila aku dapat tau detailed.

aku akan cari masa untuk jawap soalan-soalan tu.


Wednesday, March 21, 2012

lama tak nampak blog sendiri..

kali terakhir aku menulis kat sini adalah semester lepas. sekarang ni dah masuk semester baru pun. ada cuti 3 minggu lepas exam pun tak jenguk blog. bukan sebab aku sibuk, tapi sebab setiap kali aku celik mata dari tidur, aku terus stress terpikir nasib diri yang masa tu tak jumpa rumah untuk diduduki.

ya, aku dah keluar dari bilik lama, bilik bawah tanah yang aku diami cukup-cukup enam bulan. lepas enam bulan, kena keluar sebab kontrak dengan tuan rumah memang nak duduk situ enam bulan je. 3 minggu kemurungan sebab tak jumpa-jumpa rumah sewa. kena reject 8 kali. cari rumah sewa pun kena reject kau tau.

baru aku tahu kat sini nak cari rumah sewa, sama lebih kurang macam interview kerja. kau call, tetapkan masa berjumpa, dia tanya kita macam-macam pasal diri kita, kita tanya dia macam-macam pasal rumah sewa tu, ada jugak tuan rumah yang akan mintak slip gaji dan benda-benda mengarut yang lain. dan kau kena bersaing dengan orang lain yang berminat nak sewa rumah tu jugak. nanti dia pilih la dari calon-calon tu mana dia rasa dia suka.

sebab tu nak pegi bakal tuan rumah, kena pakai smart smart. kena jadi charming untuk seketika, buat muka confident sikit, boleh kot dapat.

dah nak mula semester baru, dapat jugak aku rumah sewa sebijik. nanti ada masa aku tampal gambar kenangan sebijik kat sini. dah dapat rumah baru, ada masalah takde internet pulak. jadi di sinilah aku, guna komputer Uni untuk tulis blog, hahahaha... dah, aku nak balik rumah dan masak secara malas-malas.

semoga aku dapat internet connection cepat-cepat.. nah gambar comel sebijik...


Thursday, February 16, 2012

kita semua ada kawan yang kita hilang.

sepanjang hidup aku yang pendek ni, ada je kawan-kawan yang aku hilang... stress bila pikir balik kawan-kawan yang dulu kau rapat gila, sekarang dah macam orang asing.. tapi bukan salah aku pun, jadi tak payah nak stress lebih-lebih..

ada kawan yang masa kecik kami main tiap-tiap hari. serius, tiap-tiap hari. ye la, budak-budak kan... tapi dia pergi sudan masa umur dia 11 tahun untuk melanjutkan pelajaran... hamekkau!, sudan...aku tak pasti kenapa mesti sudan... sekarang dia dah grad dari al-azhar, mesir. aku jumpa dia pun paling banyak setahun sekali..

itu ok lagi, jumpa la jugak kan.. ada kawan yang aku hilang sebab dia pindah sekolah lain, aku pindah sekolah lain... dulu, habis-habisan aku dengar masalah kau, rahsia kau, pastu kita hilang macam tu je.. aku sedih aku hilang kau, aku harap kau sedih jugak.

aku ada ramai kawan yang cerita rahsia terdalam diaorang... tapi aku sedih sebab lepas kita sama-sama lepasi masalah tu..aku tak dapat tengok diaorang teruskan hidup depan mata aku...mesti ada je sebab kenapa aku kena hilang kawan tu..

ada kawan yang dulu sanggup bercerita berjam-jam, last-last senyap macam tu je.. aku tak pasti aku ada buat salah ke apa? yang aku pasti, kita dah tak bercakap lagi..

aku rasa macam pelancong je dalam hidup beberapa manusia... ya, pelancong.

datang, lalui kehidupan tu sekejap, dan pergi. itu definisi pelancong ke dalam hidup manusia.

aku rasa tak sedap bila aku sedar aku ni sekadar jadi pelancong...rasa macam aku ni manusia yang pentingkan diri dan menghilang tak lama lepas tu..aku tak nak benda ni jadi lagi, aku nak kekal dalam persahabatan yang kekal sampai bila-bila.. kekal sampai tahap aku mendoakan kau dan kau mendoakan aku.

tolonglah bagitau yang bukan aku sorang je rasa macam ni... kalau ye memang aku sorang je, rasa nak campak diri sendiri..!

AKU RINDU BILIK LAMA AKU


Wednesday, February 15, 2012

perbezaan mudah lelaki dan perempuan.

entri pendek saja, esok update lagi.

perempuan :
tidak pelik untuk melihat perempuan bercakap pasal keluarga, adik beradik, jiran sebelah rumah.. dan ini berlaku tanpa perlu disuruh pun... perempuan dgn sukarela, suka untuk ceritakan benda-benda macam ni kat rakan-rakan, tak kesah la rakan itu lelaki atau perempuan.

lelaki :
takkan cerita benda ni dekat rakan lelaki.
kalau dia cerita benda ni kat rakan perempuan, aku sangat yakin dia tengah cuba mengorat perempuan tu.



Tuesday, February 7, 2012

exam winter lawan exam summer

ini benda yang buat aku rasa study kat malaysia tu lebih beruntung... aku nak tulis ni supaya satu hari nanti aku boleh ingat balik ke-tidakseronok-an exam kat negara ni...exam nak letak tengah-tengah musim je... siapa yang jadi student kat malaysia, sila bersyukur..

exam winter

manusia kena menghadapi "winter depression", benda normal yang berlaku pada musim sejuk.. matahari jarang memunculkan diri, dunia gelap sahaja macam tak ada beza siang atau malam. paling tak seronok adalah kalau kena exam pukul 8 pagi.. mesti la nak kena keluar rumah pukul 7:30 paling lambat pun.. kau tahu, 7:30 pagi tu masih dalam waktu subuh, gelap gelita lagi..dan suhu lebih kurang -20 celcius. jalan kaki pegi exam sambil menangis-nangis tahan sejuk...

exam summer

memang dunia lebih cerah dan siang panjang gila.. tapi ni jugak problem sebenarnya sebab waktu solat-solat malam akan jadi sangat rapat. isya' masuk pukul 12 malam, subuh masuk pukul 2:50 pagi.. walaupun esok kau exam dan berazam untuk tido dengan cukup malam ni, tetap kena tido lepas pukul 12 dan bangun dalam pukul 3 pagi untuk subuh... lepas tu baru boleh sambung tido.

ini gambar dari bulan 9, sungguh seronok dengan cuaca itu, kulit pun jadi sihat

gambar tu bukan dari tempat tinggal aku, bukan dari negara Jermeni pun.

Monday, February 6, 2012

kau nak entri bagus ?

suatu ketika dahulu, aku baca semua entri yang ada kat blog list aku, sebodoh-bodoh entri pun aku baca la jugak tanda sokongan tidak berbelah bahagi kat tuan punya blog...bukan tuan kenal aku pun, haha..

sekarang, aku pilih mana aku suka je, dan lagi seronok, aku pasang ad blocker plus, jangan harap aku datang membawa keuntungan kat iklan-iklan kau, walaupun dari aku mungkin kau boleh dapat 20 sen je, tapi aku lagi suka tak ada iklan, buat lembap je...

sekarang ni susah untuk aku jumpa entri yang aku rasa berkualiti secara konsisten dari satu-satu blog.. jadi mari  aku bagitau korang semua satu rahsia untuk entri berkualiti. satu je, tak perlu banyak-banyak tips... sebab aku bagi satu je tip, izinkan aku tulis besar gedabak biar melekat kat kepala otak kita bersama....

TULIS PASAL SESUATU YANG ORANG LAIN TAK DAPAT BUAT / PERGI / MAKAN / RASA


langsung tak salah kalau korang nak tulis pasal benda rutin harian yang berulang tu, tapi ni aku nak tolong jadikan dunia blog kekal menarik.. not mundane, not repetitive, not solemn, not lame...

logik ni senang nak faham kan? kalau kau cerita pasal hari ni kau makan nasi putih, agak-agak orang lain tak makan nasi putih ke? takkan la nak baca benda yang orang lain pun boleh buat...


entri ni ditulis lepas jawap exam yang aku rasa susah.

aku janji entri ni ada satu je gambar kucing.

sekadar nak bagitau sama korang, kalau korang nak judge seseorang berdasarkan blog dia, silakan.. sebab sehebat mana pun pemilik blog tu cuba cover personaliti dia, memang tak dapat nak sorok... penulis blog adalah diri dia bila dia membebel di blog, dan dari situ bolehlah manusia sekalian menilai perangai dia.. insyaAllah tak jauh beza dari dunia sebenar..

walaupun ada penulis blog yang rasa dia adalah orang lain di dunia sebenar, tu sekadar perasaan dia...percayalah, cari sorang penulis blog yang kau kenal kat dunia sebenar, bandingkan dia dalam blog dan dia yang ada depan mata..

tapi, sebelum kau mula nak judge dia, tolong la baca blog tu habis-habisan, bukan dengan baca satu entri lepas tu kau terus cop dia itu dan ini.. kesian tahu, bila kau dilabel hanya sebab secebis penulisan di ruang picisan internet.

macam tu jugak dengan hidup ni, tak payah la nak judge seseorang hanya dari sebahagian hidup dia...

I WANT THAT SWEATER, YOU GUYS CAN HAVE THE KUCING.

Saturday, February 4, 2012

baru aku sedar...

baru aku sedar, aku tak berjumpa dengan (bakal) isteri aku sepanjang 2 tahun sebelum nikah... dan ni tiba-tiba bagi aku semangat sebab peluang nak jumpa isteri dalam masa terdekat macam takde je.. takpe, sabarlah hanafijaafar, takyah rindu bini sangat...

kepada anak kucing di bawah, kenapa kau mesti buat telinga macam tu...? makin comel kau tau..


Friday, February 3, 2012

Isteri, terima kasih sekali lagi...

saat kami setuju untuk bernikah, kami tahu ini akan jadi satu perjalanan yang makin susah, kami tahu ini akan jadi lebih menyakitkan... bernikah dan tinggal berjauhan.. diselang-selikan dengan perjumpaan yang sangat menggembirakan, dan perpisahan yang sedih tahap tangkap syahdu...

disember yang lepas, isteri datang lagi... dia nak datang punya pasal, kemain aku kemas bilik, vakum dari karpet sampai ke siling.. kalau la bilik ni memang aku punya dan bukan sewa, dah lama aku cat bilik ni kaler hijau..

perasaan menunggu isteri di lapangan terbang adalah perasaan yang menekan jiwa raga aku, kau tahu betapa tension tengok orang lain keluar dari gate, tapi bini kau tak muncul-muncul... risau pun ada, entah-entah  tersalah naik flight tau tau je dah sampai Alaska...

tapi semua perasaan tu bertukar jadi bahagia bila dapat jumpa isteri yang dah lama tak jumpa...

ini kali pertama dia merasa musim sejuk, atau mengikut kamus drama korea, musim salju... geli pulak aku dengan perkataan musim salju.. baik aku lupakan je, guna musim sejuk lebih afdhal... kesian isteri sebab kena tahan musim sejuk, tapi takpe, dapat pengalaman orait la kan...

tak sampai satu hari isteri sampai negara Jermeni, esoknya dah pergi airport lagi sekali.. terbang ke pulau Ireland, negara penuh dengan kambing biri-biri..kesian isteri, tak hilang jetlag lagi dah kena bawak jalan-jalan...


muka bukan main gembira, tak sedar belakang ada tsunami, kena telan dengan ombak baru padan muka... ombak ganas punya, tak macam dalam cerita "Ombak Rindu" langsung..
Nampak batu-batu tu? tu bukan buatan manusia, seratus peratus semula jadi tanpa bahan tiruan, tapi bentuk hexagon, heptagon, pentagon dan segala gon gon yang ada... itu kat Giants Causeway, Ireland Utara.

credit to wikipedia user Chmee2

balik ke Jermeni, kami dah tak berjalan ke mana-mana, takde duit bai... siapa yang baik hati sangat nak hulur duit tu sila call aku...aku dengan rela hatinya ambil duit korang.. btw, kesian isteri sebab aku tak sediakan dapur, rugi gile takde dapur...rumah aku semester lepas ada dapur lengkap dengan oven lagi, semester ni masak guna rice cooker je.. camne ntah bini aku masak, lauk daging pun selamba je masak dalam rice cooker.

kesian jugak kat isteri sebab masa dia sebulan kat sini, aku tengah sibuk dengan projek Konstruktion, dan kena study untuk exam... sampai aku bawak isteri study sama-sama kat cafetaria..

aku suami yang takde menjanjikan kita akan buat photoshoot dengan photografer profesional masa kahwin haritu, tapi aku janjikan kita akan ada banyak gambar dari banyak tempat...sebanyak yang boleh, sejauh yang boleh.. sekarang sampai la masa untuk menempek gambar supaya kekal dalam internet ni...





sehari lepas gambar-gambar ni diambil, isteri pulang ke india, aku kembali ke rumah dan sedih sebab dah
takde orang nak sambut aku balik rumah,
takde siapa nak masakkan sedap-sedap,
takde orang untuk aku kacau selalu,
takde isteri untuk dipeluk.


okay, tak boleh tulis banyak-banyak lagi, kang aku syahdu sangat...*ambil winter jacket dia, peluk kuat-kuat*

ISTERI, SEMOGA KITA JUMPA LAGI.

If you're our grandkids reading this from the future, well, that's us back in January 2012, the very first of our anniversaries.

Friday, December 9, 2011

sedapkan hati.

aku tak ada kereta dan cuma ada basikal je. nak pegi mana-mana pun naik basikal, bandar Aalen ni pulak boleh tahan berbukit bukau... tak lama lagi salji akan turun berguni-guni dari langit.. habis la laluan basikal semua penuh dengan salji.. basikal tak boleh lalu, hmmm....

setiap kali rasa lemah sangat sebab tak ada kereta, aku tengok gambar ni..

sumber: flickr carltonreid

Thursday, December 8, 2011

lelaki bukan sekadar nak jadi kawan ?

perempuan, kau ada kawan lelaki? maksud aku, kawan semata-mata... bukan pasangan bercinta ke apa..

ada? okeh...boleh terus membaca.

walaupun kau rasa, dia sekadar kawan..mungkin lelaki-lelaki itu bukan sekadar nak jadi kawan... nah video youtube. aku tak bertanggungjawap dengan video ni, risiko sila tanggung sendiri..

video ni pasal satu survey ringkas, mungkin ada yang ubah pandangan terhadap lelaki lepas tengok video ni..


Sunday, November 27, 2011

hipokrit : perkataan drama melayu

mari kembali menulis kat blog. sebab aku ni bukan retis ke apa... tak ada siapa kesah bila aku dah lama tak tulis kan.. sukahati korang la....

aku tulis entri ni pun sebab aku tengah malas nak studi, malas sangat sampai sanggup perah otak tulis entri pulak. tajuk kali ni boleh jadi agak pedas, sila buat hati jadi kering, takde la sakit hati sangat nanti...

selalu sangat aku jumpa ayat macam ni kat facebook dan twitter:

"tak baik aibkan orang, nanti kena balik baru padan muka"

"apasal kau babi sangat suka-suka hati malukan aku, kawan makan kawan..."

"kau buat akaun twitter semata-mata nak jatuhkan maruah aku ke!?"

tak ada siapa suka bila diaibkan, lagi-lagi bila orang yang buat dajal tu orang yan rapat dengan kita sendiri... jadi bila kita diaibkan, mula la kita keluar ayat maki balik makhluk terhina itu... kalau nak nampak sopan sikit, ada la yang keluarkan ayat Quran atau hadis..

kalau bajet western sangat tu, buat ayat "karma's a bitch" atau yang lebih kurang dengannya...

jadi sekarang kita dah boleh kata, semua orang tak suka dimalukan / diaibkan / dihina / dicaci / dimaki

=================================================

tapi, kecewa gila bila aku tengok, manusia yang dalam kategori tak suka diaibkan ni jugak la yang menyokong industri mengaibkan orang lain. ye, betul tu....ada industri beb.. boleh buat duit dengan malukan orang lain..

industri apa lagi kalau bukan industri gosip. tak kesah la dalam bentuk kertas surat khabar atau website atau blog atau apa-apa bentuk pun...industri gosip tu bukan benda yang mulia.. kadang-kadang gosip ni makin hot bila tambah dengan fitnah.

mungkin ada yang cakap, "aku baca je, takde pun aku share kat facebook, takde pun aku cakap kat orang lain..."

ye, boleh jadi macam tu, tapi tetap kau bagi sokongan kat pengedar gosip professional tu kan? kau bayar duit untuk beli surat khabar, kau bagi duit iklan kat website dia beranak pinak kan....?

=================================================

dah la, jom la sama-sama kita berhenti sokong benda yang sangat tak mulia ni.... gosip tidak sihat untuk masyarakat, tak ada bawak kebaikan pun kan..

sekarang mungkin korang dah faham kenapa aku pilih tajuk "hipokrit".

=================================================

mana satu lagi comel ?

dailycute.net


Monday, October 31, 2011

diari suami dan isteri dalam hari yang sama.

suami dan isteri ni bukan aku dan isteri aku.. hal ini sangat umum.

dan entri kali ni bukan original dari kepala otak aku. asalnya aku ingat nak tampal je benda yang aku nak sampaikan ni, tapi sebab menghormati Bulan Bahasa Kebangsaan...aku tulis balik dalam versi bahasa kebangsaan.

haa...kantoi.. nampak sangat tak tahu Bulan Bahasa Kebangsaan jatuh pada bulan Oktober setiap tahun. kalau kau melayu, sila malu sekarang...kalau kau bukan melayu, boleh salahkan orang melayu sebab tak reti nak hargai bahasa sendiri.

baik, jom kembali ke tujuan asal. kita mulakan dengan diari si isteri.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

diari isteri

malam ni suami aku macam pelik... tadi ada dating dengan suami kat restoran.. boleh tahan la jugak restoran tu, memang sesuai untuk dinner romantik-mantik... aku datang terus dari tempat kerja, jumpa kat restoran. lambat sikit la aku sampai, tapi dia tak cakap pape pun.. tak banyak pun berbual masa dinner tu, agak awkward la pulak..

aku ajak dia pergi cari tempat senyap sikit, saja je aku nak cuba berbual dengan dia.. tapi aku gagal jugak, dia cakap sikit sangat, tak macam biasa... aku tanya dia, aku ada buat salah ke kat dia.. dia kata "Nothing." dia kata supaya aku jangan risau, tak ada kaitan pape pun dengan aku..

on the way nak balik rumah, aku cakap "i love you", dia pandang aku, senyum sikit, lepas tu sambung pandang jalan... aku tak paham la kenapa dia macam ni.. aku makin runsing kenapa dia tak balas balik dengan "i love you, too"

bila sampai rumah, aku rasa aku dah tak dapat nak buat pape dah... aku rasa macam aku dah tak dapat nak komunikasi dengan dia lagi.. dia dah hilang minat dekat aku ke? aku dah tak cantik macam dulu kot.....? dia duduk diam je kat sofa sambil tengok tv...dia terus diam tak cakap sepatah pun..

aku dah penat nak tunggu dia bersuara, baik aku masuk tido je.. 15 minit aku dah kat katil, aku tak dapat tido lagi, dia pun naik katil jugak... dia diam je, tak bersuara pun.. dari muka dia, nampak macam fikiran dia kat tempat lain..dia macam tengah distracted..

dia pun tertido.... aku menangis. aku tak tahu nak buat apa lagi.. aku agak pasti dia teringat kat orang lain. aku bingung........ my life is a disaster.

diari suami

motor tak boleh start, pening pikir apa masalah...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

nampak beza kan... cara lelaki dan perempuan berfikir sangat tak sama. sekian.

sekarang masa untuk gambar hiasan.

carutan paling comel hari ini dibawakan khas oleh dailycute.net

Tuesday, October 4, 2011

kaki kau busuk, tapi kau tak tahu kenapa...

dari pagi sampai petang korang pakai kasut,
bila balik rumah / bilik...tanggal kasut..
roommate sesak nafas sebab bau kaki korang busuk sangat...

itu situasi biasa kan? tapi aku tak nak tulis pasal macam mana nak tangani masalah tu... aku cuma nak tulis kenapa kaki jadi busuk...

kaki busuk dalam 7 langkah mudah :
  1. kaki bila sampai waktu, aku keluarkan peluh...
  2. peluh secara asasnya cuma air dan garam, jadi peluh tak ada bau sangat...
  3. tapi peluh ni memang sukakan perhatian, peluh memanggil-manggil bakteria supaya datang...
  4. bakteria pun datang...bukanlah benda pelik bila ada bakteria ada kat atas kulit.. tapi peluh adalah sumber makanan yang sangat lazat untuk kaum bakteria..
  5. kenduri ni sangat meriah sebab selagi ada peluh, maknanya sentiasa ada makanan untuk bakteria...
  6. bakteria makan, dan bakteria pun berak
  7. berak bakteria ni yang sebenarnya busuk, ini la punca kaki berbau...

pakai stokin akan cuma membusukkan keadaan yang dah memang busuk...

bakteria suka tempat yang lembap dan gelap...
stokin pulak halang peluh dari kering..
jadi makanan untuk bakteria kekal banyak,
dan stokin jugak kumpul berak bakteria tu,
jadi berlambak-lambak la bau busuk terhasil....

tolong jangan salah anggap, ini fakta, bukan sekadar lawak bodoh... 

oh, nak tambah lagi sikit... nyamuk tertarik dengan bau kaki yang busuk.. jadi kalau rasa banyak nyamuk suka kacau korang, boleh la pergi check bau...

Monday, October 3, 2011

spageti biru di atas atap hentian bas ?

lebih kurang 2 minggu lepas aku ada kat barcelona, banyak lagi benda aku nak buat kat barcelona tapi masa pendek sangat...

benda yang aku sempat buat adalah naik "tour bus"... bas ni 2 tingkat, duduk atas memang seronok, pemandangan cantik bla bla bla... tapi perit jugak la kena tahan cahaya matahari sebab bas ni buka bumbung atas.. bak kata orang putih : topless.

demi melupakan kesakitan menahan serangan cahaya matahari, aku pun main snap-snap gambar.. terjumpa la pulak benda ni..


serius, mula-mula aku ingat ini taik burung merpati... hebat jugak la merpati kat sini boleh berak warna biru.. jom zoom gambar lagi sikit...


earphones rupanya... aku pasti 90% dari yang ada kat atas bus stop ni elok lagi.. earphones ni pelancong buang dari tingkat atas bas sebab tour dah habis... pakai 2 jam je..

jadi siapa-siapa yang rasa selalu hilang earphones, boleh ambil percuma kat atas bus stop... susah tau nak jumpa earphones warna turquoise..

Wednesday, September 28, 2011

memberus gigi : idea yang tidak bagus

aktiviti memberus gigi dah dibuat manusia sejak zaman mesir kuno....atau lebih dikenali sebagai zaman firaun.. tapi sebab ada orang cuba untuk menambah baik aktiviti memberus gigi ni...lahirlah research pasal berus gigi..

syarikat colgate (yang korang suka sangat tu) agak rajin buat research pasal memberus gigi... dan ini hasilnya, sila baca elok-elok...

1. jangan berus gigi lepas makan
gigi berada dalam keadaan paling sensitif selepas makan...perasaan gigi yang sangat mudah emosi pada ketika itu harus dijaga dengan baik..ini untuk mengelakkan gigi menjadi emosi tak tentu pasal...

eh, aku serius ni... makanan dan minuman berasid melembutkan enamel gigi.. secara teknikal, gigi agak lembut masa lepas makan.. kita patut tunggu 60 minit selepas makan, baru boleh berus gigi..

2. apa-apa pun, kita tetap berus gigi 2 atau 3 kali sehari... tapi kalau berus gigi lebih dari 3 kali sehari, nanti boleh mencederakan gusi pulak..

3. memberus gigi sebelum tidur adalah yang paling penting.. sebab, bila kita tidur, mulut jadi kering dan bakteria lebih senang merosakkan gigi..

4. memberus gigi selepas bangun tidur pun penting untuk membuang plak yang terkumpul kat gigi masa kita tidur...

5. tapi, secara teknikalnya adalah merugikan kalau memberus gigi sebelum makan sarapan pagi...
jadi...makan sarapan dulu baru berus gigi...
eh, tapi kena tunggu 60 minit selepas makan sarapan, baru berus gigi... demmit

ini semua dari colgate.com , serius bukan tipu-tipu... nampak? berus gigi bukan benda yang senang..

aku rasa, susah dan leceh dan mengada-ada la kena berus gigi ni...jom kita tinggalkan berus gigi..

kredit curezone.com